Connect with us

Oh! Media

ASUS ExpertBook PM3: Laptop Kerja AI Yang Buat Hidup & Kerja Jadi Lebih Senang

Cover Image Om

Oh! Geekz

ASUS ExpertBook PM3: Laptop Kerja AI Yang Buat Hidup & Kerja Jadi Lebih Senang

Bila dengar istilah “AI PC” ni, selalunya yang terbayang ialah benda yang canggih atas kertas tapi susah rasa untuk penggunaan harian.

Tapi selepas cuba sendiri untuk menggunakan ASUS ExpertBook PM3 sebagai laptop utama untuk kerja seharian, perubahan itu agak terasa. Ia bukan sekadar laptop AI yang hebat dari segi spesifikasi, tapi PM3 ni memang direka untuk kegunaan sebenar dari pagi sampai malam.

Reka Bentuk Premium- Nampak Profesional

 9420

Perkara pertama yang kami suka dengan ASUS ExpertBook PM3 ialah reka bentuknya, dengan saiz 14 inci, laptop ini hanya seberat 1.36kg saja. Badan aluminium yang berwarna Misty Grey nampak kemas, profesional dan premium tanpa perlu terlalu menonjol.

IKLAN

Lengkungan di tepi terasa sedap bila dipegang dan logo “ASUS ExpertBook” di penutup skrin bagi sentuhan eksklusif yang lain dari laptop bisnes biasa.

Prestasi AI Yang Optimum

My 11134207 820l9 mhsj3tf9ea6a31

ASUS ExpertBook PM3 dikuasakan oleh AMD Ryzen™ AI 7 350, cip AI yang pertama kali diperkenalkan di CES 2025 dengan NPU sehingga 50 TOPS.

Mengikut penggunaan harian kami tempoh hari, dapat dirasakan yang Microsoft Copilot berjalan lancar, fungsi AI ExpertMeet aktif sepanjang mesyuarat, dan multitasking terasa konsisten tanpa “lag” walaupun buka banyak aplikasi serentak.

 9411

Untuk pengudaraan pun tak perlu risau sebab ASUS ExpertBook PM3 menggunakan sistem penyejukan ASUS ExpertCool. Laptop ini boleh mengekalkan prestasi lebih 45W TDP secara stabil, dan dalam ujian penggunaan berterusan lebih dua jam, suhu kekal bawah 42°C.

Maksudnya, prestasi tinggi tanpa masalah panas melampau atau throttling, sesuatu yang jarang dapat untuk laptop kerja.

Bateri Besar Yang Buat Lupa Cari Plug

Kalau anda sejenis yang mudah lupa nak bawa charger, PM3 ni ada satu kelebihan iaitu bateri tahan lama. Dengan bateri 70Wh 4-sel, penggunaan dari pagi hingga malam boleh bertahan sekitar 13 jam tanpa perlu cas. Kerja dekat kafe, meeting luar, atau perjalanan jauh jadi lebih ringan sebab tak perlu risau nak cari soket.

Paling menarik, ASUS siap bagi waranti bateri selama 3 tahun secara standard. Tambah pula fungsi Battery Care Mode dalam MyASUS, kesihatan bateri memang terjaga untuk jangka panjang.

Port Lengkap Yang Jarang Ada Pada Laptop Zaman Sekarang

 9392
 9391

Kalau pernah guna laptop nipis moden, pasti boleh faham betapa lecehnya bila port tak cukup. ASUS ExpertBook PM3 buat perkara sebaliknya.

Dua USB-C full function 10Gbps yang sokong pengecasan penuh, dua USB-A, HDMI 2.1, RJ45 LAN, audio jack dan slot keselamatan Kensington semuanya tersedia.

Yang paling praktikal, USB-C dia boleh dicas dari 5V hingga 20V. Maksudnya, power bank biasa atau pengecas kapal terbang pun boleh hidupkan laptop.

Ini memang rare dalam kategori harga ni. Tambah pula, port-port ini diperkuat dengan plat besi dan diuji tahan tekanan sehingga 8kg. Bukan sekadar ada, tapi memang lasak.

Ketahanan Ikut Piawaian Tentera

 9413

ASUS ExpertBook PM3 lulus 24 ujian piawaian ketenteraan MIL-STD-810H, lebih tinggi berbanding pesaing premium lain. Engselnya diuji sehingga 50,000 kali buka tutup, dua kali ganda dari standard biasa.

ASUS turut sertakan mesh penapis habuk untuk kurangkan kotoran masuk ke sistem penyejukan. Ini benda kecil yang ramai tak perasan, tapi sangat penting untuk prestasi jangka panjang, terutama kalau nak guna lama.

 9412

Tapi satu yang kami paling suka bukaan sehingga 180 darjah yang tak memberikan kerisauan jika ‘terkuak’ lebih.

Keselamatan Menyeluruh Dari Fizikal Sampai BIOS

 9415

Dari segi keselamatan, PM3 semestinya dalam liga sendiri. Ada sensor khas untuk kesan pencerobohan casis, jadi kalau laptop dibuka tanpa kebenaran, sistem akan beri amaran.

Tambah pula cip TPM khas dan sensor cap jari untuk Windows Hello, keselamatan harian jadi cepat dan selamat.

 9422

Di peringkat perisian, pengguna dapat McAfee Premium Edition percuma selama 3 tahun, termasuk VPN tanpa had dan perlindungan penipuan dalam talian.

Dari sudut sistem, ASUS jamin kemas kini BIOS dan driver keselamatan selama 5 tahun, siap patuh piawaian NIST SP 800-155 yang fokus kepada perlindungan firmware.

Mudah Naik Taraf, Tak Perlu Pening Kepala

Untuk laptop bisnes, kebolehan naik taraf memang penting. ASUS ExpertBook PM3 direka supaya mudah dibuka dengan hanya enam skru sama saiz. Bateri pula boleh ditanggalkan tanpa alat, cuma guna sistem klip.

RAM, SSD, WLAN dan bateri boleh diganti dengan mudah. Ini bukan sahaja jimat kos dalam jangka panjang, tapi bagi keyakinan bahawa laptop ini memang dibuat untuk kegunaan serius dan lama.

Direka Khas Untuk Meeting & Kerja Harian

 9423

Butiran kecil seperti kekunci F1 hingga F4 khas untuk fungsi mesyuarat memang buat perbezaan. Tukar tetapan audio, kamera atau mod mesyuarat jadi lebih cepat tanpa perlu cari dalam perisian.

Touchpad sokong gesture pintar, kamera AI boleh laraskan pencahayaan dan latar belakang secara automatik, dan sistem audio dengan AI tuning buat suara lebih jelas.

Semua fungsi AI ni terus boleh guna tanpa setup rumit, hidupkan laptop dan terus kerja.

Servis Lepas Jualan Yang Buat Rasa Tenang

ASUS ExpertBook PM3 datang dengan pakej ASUS Expert Care yang sangat menyeluruh. Tiga tahun servis on-site di seluruh Malaysia, sokongan Next Business Day, waranti bateri tiga tahun dan perlindungan kerosakan tidak sengaja untuk tahun pertama.

Untuk pengguna bisnes, ada pilihan untuk melanjutkan termasuk servis VIP ASUS yang siap bantu isu perisian sekali. Ini jenis sokongan yang buat laptop ni sesuai untuk kerja kritikal, bukan sekadar penggunaan biasa.

Laptop AI Yang Praktikal, Bukan Sekadar Canggih Je

ASUS ExpertBook PM3 ialah contoh AI PC yang dibuat dengan betul. Prestasi AI yang benar-benar digunakan, bateri tahan lama, binaan lasak, keselamatan menyeluruh dan servis selepas jualan yang kukuh.

Kalau sedang cari laptop untuk kerja profesional, pembelajaran atau kegunaan jangka panjang tanpa drama, ini antara pilihan paling lengkap dalam kelasnya.

Semua yang diperlukan untuk kerja harian sudah tersedia, dan itulah yang menjadikan PM3 sebuah laptop yang benar-benar “worry-free”.

Kalau anda serius mencari laptop untuk tujuan kerja pejabat, perniagaan atau untuk belajar. Jenama Asus sememangnya salah satu pilihan terbaik. ASUS ExpertBook PM3 dijual pada harga RM 5,199. Maklumat lanjut layari asus.com.

Tonton review penuh kami:

@ohmedia Kalau korang cari laptop untuk kerja dan bisnes yang ringan tapi power, ASUS ExpertBook P3 Copilot+ PC memang boleh dipertimbangkan… #ohmedia #ohgeekz #ohmediahustle ♬ Dramatic Tension – Litne

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas