
Oh! Geekz
Apple Lancar Siri iPhone 17, Hadir Dengan Model Air Paling Nipis, Kamera ‘Power’ Dan Cip A19!
Apple umum iPhone 17 dengan 4 model baharu! Dari iPhone Air paling nipis hingga iPhone 17 Pro Max dengan kamera gergasi. Harga bermula RM3,999.
Apple akhirnya memperkenalkan siri iPhone 17 pada acara Apple Event (Awe Dropping) yang berlangsung sebentar tadi. Siri kali ini hadir dengan empat model iaitu iPhone 17, iPhone Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max
iPhone 17: Lebih besar, lebih canggih

Menurut laporan Fuzz.my, model asas iPhone 17 kini dilengkapi skrin 6.3 inci Super Retina XDR dengan sokongan ProMotion 120Hz dan Always-On Display.
Dijana dengan cip A19 terbaru, ia menyokong Apple Intelligence serta dilindungi Ceramic Shield 2.
Untuk kamera, ia hadir dengan sistem Dual Fusion Camera System (48MP utama + 12MP ultra lebar) serta kamera swafoto 18MP.
Menariknya, ada ciri baharu Dual Capture yang membolehkan pengguna rakam video guna kamera depan dan belakang serentak!
iPhone Air: nipis gila, hanya 5.7mm!

Apple menggantikan model Plus dengan iPhone Air yang direka lebih nipis (5.7mm) dan ringan (165g).
Dibina dengan Titanium Grade 5, model ini tampil premium dengan skrin 6.5 inci Super Retina XDR dan ProMotion 120Hz.
Dikuasakan cip A19 Pro, ia menjanjikan prestasi CPU 40% lebih pantas daripada iPhone 14 Pro.
iPhone 17 Pro dan Pro Max: kamera dengan prestasi maksimum

Model paling premium tampil dengan modul kamera lebih besar, binaan aluminium unibody, dan skrin 6.3 inci (Pro) serta 6.9 inci (Pro Max).
Dikuasakan cip A19 Pro, ia dilengkapi sistem tri-kamera (48MP utama + 48MP ultra lebar + 48MP telefoto dengan 8x zum optik).
Rakaman video juga menyokong ProRes RAW, Log 2 dan genlock untuk hasil profesional.
Selain itu, kedua-dua model menyokong pengecasan pantas 40W yang mampu cas 50% hanya dalam 20 minit.
Harga dan tarikh jualan iPhone 17 di Malaysia.
- iPhone 17 – bermula RM3,999
- iPhone Air – bermula RM4,999
- iPhone 17 Pro – bermula RM5,499
- iPhone 17 Pro Max – bermula RM5,999
Pra-tempahan dibuka mulai 12 September, manakala jualan rasmi bermula 19 September 2025.
Pssttt! Kalau teringin nak upgrade, pastikan ikut bajet masing-masing ya! Tak salah nak bergaya dengan iPhone terbaru, tapi biarlah kewangan pun terjaga.
Kredit: Fuzz.my
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
