Connect with us

Oh! Media

Tips Selamatkan Kereta Tenggelam Banjir, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Oh! Gear

Tips Selamatkan Kereta Tenggelam Banjir, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Keadaan hujan yang berterusan selama beberapa hari telah menyebabkan kawasan di sekitar Lembah Klang dinaiki air. Ramai penduduk terperangkap di kediaman mereka dan ada juga tersekat di dalam kereta apabila paras air di jalan raya melepasi tahap bahaya.

ADVERTISEMENT

BACA: Kereta Rosak, 8 Jam Wanita Ini Berjalan Kaki Redah Banjir Untuk Pulang Rumah

Bagi pemilik kenderaan, bencana seperti ini sudah tentu mencetuskan rasa bimbang. Iyalah, kos membaiki kereta bukannya murah.

Di sini, kami nak kongsi langkah-langkah yang anda boleh lakukan sebagai persediaan di musim banjir.

Sebelum tenggelam

1. Jika kenderaan anda tidak boleh dibawa ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kereta masih belum ditenggelami air, anda bolehlah menyumbat lubang ekzos tersebut dengan sesuatu yang padat dan kalis air. Sebagai contoh, menutupnya menggunakan plastik.

2. Cabut terminal bateri kereta kerana anda tidak tahu berapa lama kenderaan tersebut akan dibiarkan tanpa dihidupkan sementara menunggu banjir surut.

3. Selamatkan barang-barang penting terutamanya yang mudah rosak akibat terkena air. Kalau boleh, selamatkan semua barang yang boleh diselamatkan kerana banjir bukanlah air biasa tetapi air yang datang bersama lumpur.

Ketika tenggelam

4. Jangan hidupkan enjin kenderaan yang sedang ditenggelami banjir terutama sekali apabila air banjir sudah menutupi ekzos kenderaan dan bahagian enjin. Elakkan juga dari memandu meredah banjir. Ingat tu!

Selepas surut banjir

5. Selepas banjir surut, jangan terburu-buru hidupkan enjin! Inilah pantang besar jika kenderaan anda ditenggelami banjir besar.

6. Hubungi lori tunda untuk menunda kereta ke bengkel yang dipercayai. Komponen utama seperti enjin dan transmission kemungkinan rosak. Boleh jadi rosak teruk atau sedikit. Walau bagaimanapun, enjin tidak perlu overhaul, hanya flush minyak enjin beberapa kali. Sekali lagi diingatkan jangan hidupkan enjin ketika banjir. Enjin akan mengalami kerosakan lebih parah!

7. Jika sistem transmisi jenis manual, maka prosesnya lebih kurang sama seperti enjin tadi. Flush minyaknya beberapa kali sampai tiada air di dalamnya. Ikuti nasihat mekanik. Mungkin perlu flush tiga hingga lima kali atau lebih.

Untuk penerangan yang lebih jelas, anda juga boleh menonton perkongsian saudara Hasbullah Syarah ini. Banyak informasi berguna yang anda boleh ikuti untuk menyelamatkan kereta daripada rosak teruk. Semoga bermanfaat!

Kredit: kashoorga | Youtube Hasbullah Syarah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas