Connect with us

Oh! Media

Tak Perlu Lagi Susah Payah Lekat Cukai Jalan Pada Kenderaan

Oh! Gear

Tak Perlu Lagi Susah Payah Lekat Cukai Jalan Pada Kenderaan

Kenderaan swasta yang dimiliki oleh rakyat Malaysia tidak perlu lagi memaparkan lesen kenderaan mereka, biasanya dikenali sebagai cukai jalan, berkuat kuasa hari ini, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

ADVERTISEMENT

Perkara itu dimaklumkan pada satu sesi sidang akhbar di mana Loke memaklumkan bahawa ini adalah sebahagian daripada usaha kementerian pengangkutan untuk meng- digitalkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), terutamanya bagi penggunaan lesen kenderaan dan lesen memandu.

Dia berkata Seksyen 20 daripada Akta Pengangkutan Jalan, yang menyatakan bahawa lesen kenderaan mesti ditempelkan dan dipaparkan pada kenderaan, tidak lagi akan diterapkan.

“Ini akan dilakukan dalam beberapa peringkat, dengan fasa pertama melibatkan kenderaan swasta individu, termasuk motosikal, yang dimiliki oleh warga Malaysia,” ujarnya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas