Connect with us

Oh! Media

Skuter Elektrik Blueshark Masuk Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula RM7,190

Fatini Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Gear

Skuter Elektrik Blueshark Masuk Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula RM7,190

Berita baik untuk peminat kenderaan elektrik! Jenama Blueshark dah bawa masuk skuter elektrik pintar ke pasaran Malaysia dengan dua model, Blueshark R1 dan Blueshark R1 Lite.

Blueshark

Ini adalah spesifikasi dan ciri menarik untuk model terbaharu ini: 

IKLAN

Mampu Memecut Pada Kelajuan 80km/j

Dengan berat yang hanya 92kg sahaja, skuter elektrik pintar ini mampu memecut dan bergerak sejauh 160km. Juga dilengkapi dengan skrin bersaiz 10-inci yang dapat memaparkan navigasi GPS, rakaman pemanduan, bluetooth, pemain media, dan pelbagai lagi fungsi lain. Fuh menarik betul ni!

Blueshark

Membekalkan Tenaga 1.44kWh dengan Dua Buah Bateri Sahaja

Skuter elektrik ini mempunyai dua buah bateri dengan setiap satunya seberat 11kg. Tapi macam mana kita nak cas skuter elektrik ni ya? Haa, ini adalah tiga kaedah pengecasan bagi skuter elektrik ini :

  1. Mengecas dengan keluarkan bateri dan casnya di stesen pengecas yang disediakan.
  2. Cas menggunakan kabel yang disediakan
  3. Menukar bateri yang sudah habis dengan bateri lain melalui rangkaian stesen Blue swap.

Bagi Blueshark R1 ia dijual pada harga RM9,390 dan untuk Blueshark R1 Lite dijual pada harga RM7,190. Tambahan, skuter elektrik pintar ini mematuhi semua undang-undang JPJ termasuk cukai jalan yang percuma buat masa ini kerana ia sebuah kenderaan elektrik. Wow, percuma pulak tu cukai jalan..

Blueshark

Perlu Menyewa Bateri Dahulu

Harga yang dipasarkan skuter elektrik ini tidak termasuk dengan bateri, jadi pengguna perlu menyewa bateri dengan harga serendah RM79/sebulan untuk dua unit. Bukan itu sahaja, Blueshark juga menawarkan langganan Blue Swap bermula dengan harga dari RM59 bagi 36 kali penukaran bateri atau tanpa langganan RM1.95 untuk setiap penukaran.

Lepas ni, boleh lah pergi bazar Ramadahan naik skuter elektrik pintar ni, jimat minyak petrol…

Kredit: FUZZ.MY

+Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas