Connect with us

Oh! Media

Sah! Ini Rupa Dan Spesifikasi Proton S70 2024 Yang Mula Dipasarkan Di Malaysia

proton

Oh! Gear

Sah! Ini Rupa Dan Spesifikasi Proton S70 2024 Yang Mula Dipasarkan Di Malaysia

Sebelum ini kita sedia maklum Proton sudah mula buka tempahan bagi model sedan terbaru iaitu S70 2024 dengan hanya RM500 sahaja.

ADVERTISEMENT

BACA: Proton Buka Tempahan Untuk Model Sedan Terbaru, S70 Hanya RM500 Mulai Hari Ini

Model terbaru ini wujud sebagai model keempat Proton sejak kerjasama terjalin dengan Geely, serta model sedan pertama sejak Persona yang dilancarkan pada Ogos 2016.

Namun harga jualan Proton S70 masih menjadi misteri dan sama-sama kita nantikan kemaskini pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.

Proton

Ada yang tak sabar nak tempah ke tu…

Spesifikasi Proton S70 2024

Proton S70 menggunakan enjin tiga silinder sebaris 1.5 liter turbo jenis port-injection, dengan hamburan kuasa 150 PS dan daya kilas 226 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.

Proton

Bukan itu sahaja, Proton S70 juga mempunyai tiga mod pemanduan iaitu Eco, Sport dan juga Comfort.

Pihak mereka telah memberikan tumpuan pada aspek pengendalian dan pemanduan S70 supaya lebih sesuai dengan keadaan jalan raya di sini yang melibatkan 75,000 jam dan jarak 1.2 juta km.

Dalam pada itu, terdapat tiga talaan stereng disertakan iaitu Normal, Sport dan juga Comfort.

Proton

Sedan Proton S70 ini dibangun berdasarkan platform BMA yang dikhususkan untuk kenderaan segmen B (Geely Emgrand, Geely Binyue/Proton X50).

Difahamkan, dimensi Proton S70 ini sebenarnya jauh lebih besar jika dibandingkan dengan sedan-sedan segmen B yang ada di pasaran.

Boleh dikatakan saiznya lebih sesuai untuk dipadankan dengan sedan segmen C seperti Honda Civic dan Toyota Corolla, dengan saiz ruang kargo sebesar 500 liter.

Bagi pasaran Malaysia, rekaan dalaman dilengkapi dengan enam beg udara, bantuan penukaran lorong, rim aloi 16 inci, tempat duduk fabrik dan skrin infohibur lapan inci.

Manakala, versi 1.5T Premium pula menambah ciri seperti lampu utama LED, bar lampu belakang, tempat duduk balutan leatherette, sistem pendingin hawa automatik serta kamera undur.

Proton

Untuk korang yang mahukan sedan dengan spesifikasi lengkap, boleh mendapatkan S70 1.5T Flagship yang mendapat ciri seperti kelengkapan ADAS, sistem pemantauan tekanan tayar, dan rim 17 inci.

Malah, ia juga dilengkapi dengan kamera 360 darjah, pengecasan peranti tanpa wayar, skrin kluster digital 10.3 inci dan skrin infohibur sebesar 12.3 inci.

Terdapat tujuh pilihan warna disediakan, iaitu Snow White, Armour Silver, Space Grey, Passion Red, Marine Blue, Quartz Black dan Teal Bayou Green.

Proton

Menariknya, sedan Proton S70 ini dilengkapi dengan 12 penderia yang terdiri daripada kamera monokular, dua radar gelombang milimeter di belakang, sistem kamera 360 darjah dan lima penderia ultrabunyi.

Proton S70 dilengkapi dengan kelengkapan bantuan pemandu termaju (ADAS) yang terdiri daripada 13 komponen, seperti berikut:

  • Brek kecemasan autonomi
  • Amaran Pelanggaran hadapan
  • Kawalan Jelajah Adaptif dengan fungsi Stop & Go
  • Kawalan Jelajah Pintar
  • Amaran Keluar Lorong
  • Pengelakan Keluar Lorong
  • Kawalan Pemusatan Lorong
  • Bantuan Informasi Papan Tanda Trafik
  • Kawalan Suluhan Tinggi Pintar
  • Bantuan Penukaran Lorong
  • Amaran Bukaan Pintu
  • Amaran Pelanggaran Belakang
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang

Kredit: Careta

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Alhamdulillah, semoga kes sebelum ini bagi pengajaran kepada semua. #sharnaazahmad#mamu#kespukul#sembangentertainment#ohmedia#hj

♬ mary poppins – Little Green

  • proton
  • proton

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas