Connect with us

Oh! Media

Rugi Beribu Ringgit Lepas Jual Kereta Sebab Lupa Refund Balik Insuran

Oh! Gear

Rugi Beribu Ringgit Lepas Jual Kereta Sebab Lupa Refund Balik Insuran

Tahu tak yang baru-baru ni Ohmedia ada kongsikan tentang tuntutan semula lebihan insuran di Twitter yang mana kami fikir ramai terlupa atau mungkin juga tidak pernah ambil tahu pun. Apa yang buat Ohmedia terkejut, Tweet yang kami sangkakan hal biasa ini rupanya mendapat sambutan yang cukup tinggi hingga dibaca hampir sejuta orang dan menerima lebih dari 10,000 likes.

ADVERTISEMENT

Ceritanya cukup mudah bagaimana ramai yang boleh terlupa sedangkan ianya akan merugikan mereka. Bayangkanlah bila dah beli kereta baru, tentulah tak sabar nak jual kereta lama kan? Jadi asalkan kereta lama dapat dijual semula dengan harga yang lebih tinggi dari hutang, ianya dah memadai bagi ramai orang asalkan tak payah nak topup duit bayar hutang kereta lama dengan bank. Tapi ada satu yang ramai terlupa iaitu untuk menghubungi pihak insuran dan tuntut semula duit bayaran insuran selepas polisi dibatalkan.

Adakah pihak insuran akan memaklumkan anda tentang perkara ini? Jawapannya tidak! Adakah mereka sengaja tak beritahu anda? Jawapannya tidak juga! Ini kerana, pihak insuran tidak tahu-menahu langsung pun yang anda telah menjual kereta melainkan mereka diberitahu. Mereka bukan jiran sebelah rumah anda. Haha! Jika pemilik kereta tidak maklumkan pada syarikat insuran, mereka akan menganggap kereta anda masih lagi dipakai dan anda masih dilindungi insuran mereka. Faham kan?

Dipendekkan cerita jika mengikut pengalaman Ohmedia, cara paling mudah untuk membuat tuntutan adalah melalui emel sahaja. Bergantung kepada syarikat insuran yang anda pakai, berikut adalah apa yang mereka akan minta secara kebiasaannya.

  1. Borang Endosmen.
  2. Salinan kad pengenalan peserta.
  3. Salinan muka hadapan buku bank atau salinan penyata akaun bank peserta.
  4. Slip LKM / Pertukaran Hak Milik Kenderaan / Slip E-auto yang menunjukkan cukai jalan telah ditamatkan di JPJ

Jika semua maklumat telah diserahkan, mereka akan maklumkan untuk ambil masa beberapa hari untuk tujuan pengesahan. Jika telah sah, mereka perlu ambil masa 14 hari pula untuk transfer semula duit terus ke akaun bank anda.

Berapa jumlah refund yang kita akan terima? Ianya bergantung kepada lebihan bulan dan separuh dari harga insuran yang anda telah bayar. Ini pihak insuran yang akan kirakan so tak perlulah sibuk-sibuk ya. Apa yang penting setiap sen hak anda perlu diselamatkan. Dalam kes kami (contoh yang disertakan), kami renew roadtax/insuran pada bulan Ogos dan menjual kereta pada bulan Oktober. Jadi rugilah kalau bayar insuran harga untuk setahun tapi gunapakai 2 bulan jer kan? Jadi refund yang kami dapat adalah sebanyak RM1,421.15. Siapa nak bagi ye tak? Hehe.

Info tambahan:

  1. Selain insuran boleh dapat refund, roadtax pun boleh dapat refund melalui JPJ. Asalkan harga roadtax atas RM5 (maknanya motor cc biasa tak boleh claim) dan kena claim dalam tempoh 5 hari selepas pertukaran hakmilik kenderaan dibuat di kaunter JPJ.
  1. Menurut maklumat yang dikongsi followers Ohmedia, refund insuran akan menjadikan NCD anda 0% semula. Jadi pastikan anda bawa NCD kenderaan yang dijual ke kenderaan baru sebelum mohon refund (boleh minta salesman kereta baru anda uruskan).
  2. Refund insuran hanya 5 bulan sebelum insuran anda tamat tempoh. Kalau lagi 5 bulan nak tamat tempoh, tak perlulah bersusah-payah lagi menyusahkan diri sendiri.
  3. Jika dah banyak kali anda jual kereta tapi langsung tak pernah claim, kemungkinan besar wang anda tidak hilang tetapi telah dimasukkan ke bahagian wang yang tidak dituntut. Jadi boleh semak di website eGUMIS – Jabatan Akauntan Negara Malaysia ya! Fuh, masyuk la nanti!

Jika anda dah tahu tentang perkara ni, Ohmedia berharap ianya boleh dijadikan “reminder” agar tidak terlupa. Apapun paling penting semoga artikel ini dapat menjadi rujukan pada pemilik keretayang berniat untuk menjual kereta. Jika ada soalan, jemputlah berkunjung ke tweet asal tersebut di Twiter kerana ramai yang akan membantu menjawab persoalan anda di sana nanti.

Enjoice!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas