Connect with us

Oh! Media

Polis Cuma Jalankan Ujian Percubaan, Bukannya Beli

PDRM

Oh! Gear

Polis Cuma Jalankan Ujian Percubaan, Bukannya Beli

Sebelum ini tular di media sosial mengenai lima unit kereta peronda baru jenama BMW dan Volkswagen yang dibawa pihak PDRM.

ADVERTISEMENT

BACASuspek Lari Ditinggalkan Isteri Di Tepi Jalan Ketika Dikejar Polis Berjaya Ditahan

Menurut Laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kenderaan yang membabitkan sebuah BMW M3, 2 buah BMW X3 dan 2 buah Volkswagen Tiguan itu yang diterima pada 7 Oktober lepas bukanlah dibeli, namun ianya diterima untuk tujuan percubaan sahaja.

Semua kenderaan itu dikatakan akan diuji selama dua minggu dan digunakan beberapa jabatan polis iaitu Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan Cawangan pengiring PDRM.

Perkara ini dibuat untuk bagi mendapat maklum balas sama ada ketiga-tiga model kenderaan itu sesuai untuk sebarang tugas dalam PDRM ataupun tidak tanpa melibatkan sebarang perjanjian pembelian.

Buat masa ini, belum ada sebarang keputusan dan pihak polis sendiri sedia maklum berhubung kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan. 

Kredit: Facebook Polis Diraja Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas