Connect with us

Oh! Media

Suspek Lari Ditinggalkan Isteri Di Tepi Jalan Ketika Dikejar Polis Berjaya Ditahan

Pengedar dadah

Trending

Suspek Lari Ditinggalkan Isteri Di Tepi Jalan Ketika Dikejar Polis Berjaya Ditahan

Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan bahawa terdapat seorang lelaki sanggup meninggalkan isteri yang membonceng motosikalnya untuk lari daripada polis kerana disyaki mengedar dadah. 

ADVERTISEMENT

BACA : Suami Sanggup Tinggalkan Isteri Bonceng Motosikal Seorang Diri Untuk Lari Dari Polis?

Menurut laporan Harian Metro, lelaki berkenaan telah berjaya ditahan di rumahnya di Kampung Pasir Pekan pada malam kelmarin dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd Razi Rosli.

Suspek yang bekerja sebagai buruh mengaku beg mengandungi 120 biji pil kuda yang ditemui bersama isterinya malam kelmarin adalah miliknya.

Soal siasat mendapati suspek mengambil 100 biji pil kuda bernilai RM420 daripada seorang lelaki dipanggil ‘Mat Yo’, lima hari lalu.

Katanya juga, suspek mempunyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Hasil penangkapan suspek, polis juga berjaya menahan ‘Mat Yo’ di Kampung Padang Rokma, Wafah Bahru.

Hasil ujian air kencing mendapati bahawa suspek positif dadah jenis methampethamine. Dia telahpun direman selama tiga hari sehingga 7 Oktober ini mengikut Seksyen Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas