Connect with us

Oh! Media

Peugeot Lancar Model Paling Berkuasa, 508 PSE PHEV Di Jerman Bermula RM328k

Ba0ae0bc 87f0 4a53 ba9b 13d4a5a25997

Oh! Gear

Peugeot Lancar Model Paling Berkuasa, 508 PSE PHEV Di Jerman Bermula RM328k

Mungkin di Malaysia, kereta jenama Peugeot agak kurang popular tapi untuk pengetahuan korang, Pengeluar automotif dari Perancis itu telah melancarkan Peugeot 507 PSE PHEV (2021) secara rasmi di Jerman gais. Ini adalah model sedan segmen-D paling berkuasa pernah mereka keluarkan.

64472d28 b489 445c b9de e6245862a664

Mereka meletakkan enjin hibrid plug-in (PHEV) pada Peugeot 508 PSS PHEV yang mampu menghasilkan kuasa 355hp. Pergh! Confirm berdesup pergi dia.

Kereta ini dikuasakan dengan enjin 1.6L turbo berkuasa 197hp dengan tork 300Nm bersama dua motor elektrik padagandar depan dan belakang yang mampu hasilkan kuasa 355hp dan 520Nm tork. Untuk tranmisi, ia menggunakan automatik 8-kelajuan dengan sist 4WD sepenuh masa.

IKLAN
610c311f 25e8 4f48 95a5 18f6e154fd9a

Peugeot 508 PSS PHEV ini mampu pergi 250km/j kelajian maksimum dan pecutan 0-100km/j cuma 5.2 saat jer. Untuk bateri pula, is didatangkan dengan bateri berkapasiti 11.5kWh dan boleh dipandu dalam kod elektrik sehingga 42km.

Design dia memang sporty bersama rim 20 inci yang nampak handsome tu. Korang dah ready nak dengar harga dia?

49131eb0 a73f 479b be10 91506bb2ad3f

Untuk pasaran Jerman yang baru jer dilancarkan ni, mereka ditawarkan dengan dua variasi iaitu sedan pada harga bermula €66,640 (RM328,170) dan wagon pada harga €67,940 (RM334,570). Menurut Pandu Laju, harga bagi Peugeot ni lebih mahal daripada BMW M340i xDrive yang berharga €63,000 (RM310,240). 

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas