Connect with us

Oh! Media

Petronas Akan Tambah Pengecas Pantas Bagi Kenderaan Elektrik Tak Lama Lagi

Kenderaan Elektrik

Oh! Gear

Petronas Akan Tambah Pengecas Pantas Bagi Kenderaan Elektrik Tak Lama Lagi

Pengecasan pantas bagi kenderaan elektrik di negara kita masih terhad dan perkara ini buatkan kenderaan jenis itu agak sukar untuk digunakan di Malaysia. Ianya juga antara salah satu faktor jualan EV negara terbantut.

ADVERTISEMENT

BACA : Penjelasan Atas Dakwaan Minyak PETRONAS Yang Viral

Menurut laporan Berita Harian, Petronas Dagangan Berhad yang merupakan syarikat peruncitan dan perkhidmatan minyak dan gas Malaysia akan memasang pengecas pantas untuk kenderaan elektrik di stesen minyak mereka tak lama lagi. Pergh! Terbaiklah.

Perkara ini telah diumumkan sendiri mereka dan ianya mungkin akan terlaksana menjelang pertengahan pertama tahun 2022 nanti.

Petronas Dagangan Berhad dengan kerjasama Mercedes-Benz Malaysia dan EV Connection (EVC)-JomCharge dikatakan akan menempatkan pengecas pantas EV ini di 5 lokasi stesen Petronas.

Ianya dikatakan akan ada di Lebuhraya Udara-Sekagan dan sebahagian Lebuhraya Pantai Timur. Dengan usaha yang dilakukan pihak-pihak ini, korang yang mana mempunyai kenderaan elektrik tidak perlu risau lagi untuk pergi jalan jauh.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas