Connect with us

Oh! Media

Perodua Sahkan EV Pertama Malaysia Siap Dilancarkan Tahun Depan

Ohmedia perodua ev

Oh! Gear

Perodua Sahkan EV Pertama Malaysia Siap Dilancarkan Tahun Depan

Perodua sahkan EV pertama buatan Malaysia siap dilancarkan tahun depan dengan lebih 50% komponen tempatan.

Perodua akhirnya sahkan model kereta elektrik (EV) pertamanya kini sudah di peringkat akhir pembangunan. Lebih menarik, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, yakin lebih 50 peratus komponen model itu akan menggunakan hasil buatan tempatan.

Reka bentuk dan teknologi milik rakyat Malaysia…

Menurut Zainal, model EV ini dibangunkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia, termasuk platform, reka bentuk dan harta intelek (IP) yang dimiliki 100% oleh Perodua sendiri.

Insya-Allah, tak lama lagi kita akan lancarkan EV kita ini. Platform, IP, dan reka bentuk EV ini akan dimiliki sepenuhnya oleh Perodua dan dihasilkan oleh rakyat Malaysia.- Katanya.

Tambah beliau lagi, kejayaan ini tidak datang mudah. Ia hasil daripada perjalanan panjang dan mencabar melalui pelbagai konsep terdahulu seperti Emo 1, Emo 2 dan Emo 3, selain sokongan daripada universiti serta pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang cekap.

IKLAN

Ekosistem tempatan turut digerakkan…

Perodua juga memberi jaminan bahawa semua vendor tempatan akan turut serta dalam projek EV ini. Langkah ini penting bagi memastikan industri automotif tempatan turut mendapat manfaat daripada pembangunan teknologi baru tersebut.

Walaupun kandungan tempatan pada mulanya tidak sama seperti kereta lain, ia akan melepasi 50 peratus dan akan terus dilokalisasikan selepas pengeluaran besar-besaran tahun depan.- Jelas Zainal.

Harga jualan semula EV turut diberi perhatian…

Mengulas mengenai kebimbangan pengguna terhadap nilai jualan semula EV, Zainal menjelaskan bahawa Perodua sudah merancang mekanisme khas supaya pelanggan tidak mengalami kejatuhan harga mendadak selepas tiga hingga lima tahun penggunaan.

Antara konsep yang bakal diperkenalkan ialah sistem pajakan bateri, bagi mengurangkan kos pemilikan keseluruhan.

Kita akan perkenalkan mekanisme supaya pelanggan yang memiliki EV Perodua, insya-Allah dia tak terasa selepas tiga tahun ataupun lima tahun, harga EV tu akan drop secara mendadak.- Ujarnya.

Pssttt! Langkah Perodua ni memang boleh jadi kebanggaan rakyat Malaysia. Bila semua dibuat hasil tangan anak tempatan, ia bukan saja buktikan kemampuan kita, tapi juga bantu industri automotif tempatan terus maju. Ohmedia harap korang pun nanti sokong produk tempatan bila EV ni dilancarkan, sebab inilah masa kita tunjukkan Malaysia pun boleh!

Kredit: Motoqar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas