Connect with us

Oh! Media

stesen minyak

Oh! Gear

Pemilik Stesen Minyak R&R Rawang Mengaku Bersalah Jual Minyak RON95 Kepada Kenderaan Asing

Sebelum ini viral di media sosial satu video menunjukkan warga asing mengisi minyak RON95 di stesen minyak di R&R Rawang.

Akhirnya pemilik kepada stesen minyak tersebut, Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, mengaku bersalah atas pertuduhan menjual barang kawalan berjadual petrol RON 95 sebanyak 48.78 liter kepada sebuah kenderaan bernombor pendaftaran asing dari Thailand.

IKLAN

Perbuatan itu melanggar Peraturan 12A Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974. Pertuduhan dikemukakan mengikut Peraturan 21(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Kesalahan yang dilakukan boleh mengakibatkan hukuman denda tidak melebihi RM1 Juta atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Kesimpulannya, pemilik premis jangan hanya fikir nak untung sampai jual minyak subsidi kepada plat kenderaan asing. Bila dah kena dakwa, rasa menyesal pun tak guna.

Kredit: Kosmo

Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas