Connect with us

Oh! Media

PUSPAKOM

Oh! Gear

Monopoli PUSPAKOM Selama 30 Tahun Bakal Berakhir, 10 Syarikat Baru Mohon Lesen Pemeriksaan Kenderaan

Selepas tiga dekad mendominasi perkhidmatan pemeriksaan kenderaan, monopoli PUSPAKOM bakal berakhir tak lama lagi. Biar betul?

Menurut laporan The Star, terdapat lebih 10 syarikat telah memohon lesen untuk menjalankan pemeriksaan kenderaan dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

IKLAN

Kami belum memuktamadkan jumlah syarikat yang akan terlibat, tetapi pengendali baharu dijangka memulakan operasi menjelang akhir tahun ini.

Langkah ini bertujuan mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif, sekaligus memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna. 

Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat baharu ini perlu membina kemudahan mereka terlebih dahulu sebelum dapat beroperasi.

Isu Integriti: SPRM terus siasat PUSPAKOM 

Dalam pada itu, Anthony Loke turut menekankan keutamaan untuk menangani isu integriti dalam PUSPAKOM. 

Kementeriannya sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat pihak-pihak yang terlibat dalam aktiviti tidak beretika.

Tiga pegawai telah dipanggil untuk memberi keterangan, dan kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap sindiket yang terlibat.

Bukan tu jer, pemeriksaan mengejut akan dijalankan di cawangan dan kenderaan PUSPAKOM bagi memastikan perkhidmatan yang lebih telus dan bersih.

Kartel dan ‘runner’ dalam radar

anthony loke

Anthony Loke juga mengakui kewujudan kartel dan ‘runner’ yang memastikan kelulusan pemeriksaan diberikan kepada kenderaan yang tidak layak. 

Beliau juga menegaskan bahawa undang-undang sedia ada perlu diperketatkan untuk mengatasi masalah ini, termasuk syarikat yang menyewakan aksesori sementara untuk membolehkan kenderaan lulus pemeriksaan.

Kita tidak mahu amalan seperti ini terus berlaku. Ia sama seperti isu cermin gelap, di mana pemilik kenderaan menanggalkan cermin untuk lulus pemeriksaan sebelum memasangnya semula.

#OhmediaNasihat

Langkah ini adalah satu permulaan ke arah perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang lebih adil dan berkualiti. Sebagai pengguna, pastikan anda memilih perkhidmatan yang telus dan mematuhi undang-undang. Hindari menggunakan runner atau pihak ketiga yang tidak sah, kerana ia hanya merugikan dalam jangka panjang.

PUSPAKOM

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: The Star


Lagi dalam kategori Oh! Gear

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas