Connect with us

Oh! Media

Minyak Kereta Cepat Habis? Ikuti Tip Ini Untuk Bantu Jimatkan Penggunaan Minyak Petrol

Ohmedia  Kereta

Oh! Gear

Minyak Kereta Cepat Habis? Ikuti Tip Ini Untuk Bantu Jimatkan Penggunaan Minyak Petrol

Korang mesti pernah berada dalam situasi baru sahaja empat hari isi minyak kereta full tank, tapi sudah berkelip-kelip!

Tambahan, bagi mereka yang berulang alik ke pejabat, sudah buntu memikirkan kalau minyak kereta hanya bertahan beberapa hari sahaja.

Tapi pernahkah korang terfikir, jarak bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan minyak kereta cepat habis.

IKLAN

Why should you keep your gas tank full hero

Sebenarnya, perkara ini turut disumbangkan oleh tingkah laku pemanduan seseorang yang kurang berhemah.

Kali ini kami akan berkongsi tip penjagaan kereta terutama sekali untuk menjimatkan penggunaan minyak petrol.

  • Selepas berhenti di lampu isyarat atau bonggol, jangan tekan minyak sehingga RPM (Revolution Per Minute) kereta tinggi.
  • Apabila memandu, sentiasa kekalkan RPM dengan konsisten. Tidak perlu memandu laju sehingga 160 km/j. Cukup sekadar 120km/j ataupun mengikut halaju yang ditetapkan di lebuh raya.
  • Servis kenderaan tepat pada masanya. Gunakan minyak hitam yang bersesuaian dengan enjin serta pastikan angin tayar diisi dengan PSI yang betul.
  • Penggunaan gear yang sesuai. Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan dan keadaan jalan seperti berbukit atau mendatar.

Dalam pada itu, ada juga beberapa tip lain yang boleh digunakan bagi mereka yang mahu menjimatkan penggunaan minyak petrol.

Kurangkan beban atau berat kenderaan anda.

Keluarkan barangan yang tidak perlu seperti timbunan fail-fail, buku-buku atau peralatan kerja korang. Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.

Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk

Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan.

Jika korang mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak korang.

Merancang perjalanan

Kalau boleh, elakkan memandu dalam situasi yang sesak. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan.

BACA: Nampak Cantik Tapi Tak Selamat, Elak Pasang 4 Aksesori Ini Pada Kereta

Sebelum ini kami ada kongsikan mengenai 4 aksesori kereta yang perlu dielak oleh mereka yang gemar menghias kenderaannya bagi mengelakkan risiko bahaya.

Kredit: TikTok l Hargaminyak.co

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Why should you keep your gas tank full hero
  • Ohmedia  Kereta
  • Why should you keep your gas tank full hero
  • Ohmedia  Kereta

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas