Connect with us

Oh! Media

MAS Tampil Menafikan Laporan Makanan Tidak Lagi Disediakan Dalam Pesawat Mereka

mas

Oh! Gear

MAS Tampil Menafikan Laporan Makanan Tidak Lagi Disediakan Dalam Pesawat Mereka

Sebelum ini kami ada kongsikan berita mengenai MAS yang membenarkan penumpang untuk membawa bekalan makanan sendiri susulan isu katering mereka menyebabkan berlakunya kelewatan pada beberapa penerbangan mereka. 

ADVERTISEMENT

BACA: MAS Umum Benarkan Penumpang Bawa Bekal Makanan Sendiri Kerana Isu Katering

Malah, timbul ura-ura yang mengatakan MAS tidak lagi menyediakan makanan dalam pesawat di media sosial.

Dalam pada itu, MAS tampil mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan mereka akan tetap menyediakan makanan kepada penumpang tetapi dengan beberapa perubahan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, ia mengatakan makanan yang diprabungkus akan ditawarkan dalam penerbangan dalam negeri.

Manakala, bagi dalam penerbangan antarabangsa pula, perubahan menu akan dilakukan bergantung kepada laluan.

Tetapi mereka mengesahkan pesanan makanan istimewa (kerana diet), Chef-on-Call, naik taraf makanan dan melakukan prapesan makanan tertentu tidak akan ditawarkan pada waktu ini tanpa tarikh bilakah ia akan dikembalikan.

Namun begitu, pelanggan masih dibenarkan membawa makanan sendiri asalkan ianya halal dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

MAS menamatkan kontrak katering lebih 20 tahun mereka dengan Brahim’s Food Services bermula 1 September lalu yang menyebabkan berlakunya isu bekalan makanan dalam pesawat.

Kredit: MAS

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7275207577351310610?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

  • mas
  • mas

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas