Connect with us

Oh! Media

Limosin Mewah Dari Mercedes Benz Dilancarkan Di Pasaran Malaysia

Mercedes

Oh! Gear

Limosin Mewah Dari Mercedes Benz Dilancarkan Di Pasaran Malaysia

Sebuah limosin mewah dari Mercedes-Benz telah dilancarkan pada hari ini iaitu model S-Class generasi baru untuk pasaran Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACAHonda Malaysia Buka Tempahan Civic (2022) Serba Baharu!

Menurut laporan Careta, model ini hanya ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu S 580 e yang dikuasakan dengan enjin 2,999cc hibrid dan mampu menghasilkan 367hp serta 500Nm.

Untuk pengetahuan, kereta ini mampu memecut sehingga 250km/j. Kelajuannya daripada 0 ke 100km/j hanya dalam 5.2 saat sahaja. Pergh! Memang mantap.

S-Class terbaru ini dilengkapi dengan sistem suspensi AIRMATIC dan unit lampu Digital Light. Pada bahagian dalaman, ia menampilkan penggunaan upholsteri kulit Nappa pada ruang kabin dan trim kayu Athracite termasuklah stereng dengan balutan kulit Nappa. Serius premium gila!

Bagi sesiapa yang berminat, korang dah boleh buat pra-tempah Mercedes-Benz model S 580 e versi pemasangan tempatan (CKD) ini sekarang. Walaubagaimanapun, harga rasminya masih belum diumumkan lagi dan mungkin akan diberitahu pada Januari 2022 nanti. 

Kredit: Careta

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas