Oh! Gear
Lebuhraya WCE Mula Dibuka Bermula Esok, Tol Percuma Sehingga 2 Januari
Oleh
Hari ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia telah mengumumkan pembukaan rasmi Seksyen 6 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) pada 21 November 2023.

Menurut Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, pengecualian pembayaran tol akan diberikan kepada pengguna berkuatkuasa tengah malam ini hingga 2 Januari 2024.
Seksyen 6 WCE itu akan bermula dari Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke Persimpangan Bertingkat Assam Jawa yang akan menghubungkan terus pengguna dari Kapar ke Assam Jawa.

Sehubungan dengan pembukaan ini, ia berkemungkinan menjimatkan masa perjalanan kepada 15 minit sahaja, berbanding 45 minit menggunakan laluan sedia ada.
Malah, ia turut mempunyai sambungan secara terus dengan Lebuhraya LATAR yang menawarkan lebih kesalinghubungan antara rangkaian lebuh raya untuk kemudahan pengguna.

Pengguna juga kini boleh melawati destinasi pelancongan dengan lebih mudah seperti contoh Bandar Warisan Batu Arang, Bukit Malawati, Sky Mirror dan Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan, selain merancakkan lagi pertumbuhan sosio-ekonomi komuniti setempat.

BACA: Bermula Tahun 2024, Sistem Tol Tanpa Palang Bakal Diuji Dengan Teknologi ANPR, RFID
Terdahulu, Timbalan Menteri Kerja Raya memaklumkan pihak mereka akan mencuba sistem tol tanpa palang ini pada 2024 kelak, sekaligus mengumpulkan pelbagai data untuknya.
Kredit: Facebook Careta
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
@ohmedia Pemb*nuh Along Spoon bebas harini. #alongspoon#alongspoondlmkenangan#alfatihah#ohmedia#hj
♬ Sad – AShamaluevMusic
