
Oh! Gear
Kereta Porsche Bernilai RM3 Juta Disita Kerana Tinggal Lebih Masa Di Tanah Semenanjung
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis telah menyita 3 kenderaan yang dilaporkan tinggal melebihi 90 hari di Tanah Semenanjung.
Ketiga-tiga kereta yang dirampas itu adalah Porsche (RM3 Juta), Mazda SKYACTIV (RM128,500) dan Toyota Camry (RM141,570). Kesemua kes diperoleh antara 26 September hingga 1 Oktober lepas.
Macam kes kereta Porsche ni, pemiliknya berada di Kuala Lumpur dan seseorang bawa kereta tu menggunakan loader datang ke sini menyerah diri… menyatakan sudah dua hari lebih berada di tanah besar.

Bagi dua kes lagi mereka datang sendiri ke Pejabat di Kuala Perlis menyatakan sudah melebihi tempoh 90 hari… macam Toyota Camry tu lama sikit melebihi 20 hari dan Mazda berada lebih 3 hari – Pengarah JKDM Perlis.
Untuk pengetahuan korang, kenderaan yang dibeli ke Pulau Bebas Cukai sama ada Pulau Langkawi atau Labuan, tidak dibenarkan memasuki tanah besar melebihi tempoh 90 hari setahun.

