Connect with us

Oh! Media

Kereta Cepat Indonesia Didakwa Mampu Tahan Apa Sahaja Bencana Alam

kereta cepat

Oh! Gear

Kereta Cepat Indonesia Didakwa Mampu Tahan Apa Sahaja Bencana Alam

Kalau korang ikut perkembangan negara jiran Indonesia, pada bulan April lalu, mereka sudah memperlihatkan kepada dunia kereta api laju (Kereta Cepat Jakarta-Bandung/KCJB) pertama mereka.

ADVERTISEMENT

Dalam acara itu, mereka mengumumkan ia mampu membawa penumpang dari Jakarta ke Bandung dalam tempoh hanya 40 minit sahaja. Ini amat cepat jika dibandingkan dengan kereta api biasa yang mengambil masa hingga 3 jam lebih.

Kereta cepat Indonesia mampu tahan apa sahaja bencana alam

Walaupun kereta cepat Indonesia ini masih belum beroperasi dan mensasarkan akhir tahun 2022 untuk ia mula dibuka sepenuhnya, pihak KCJB mendakwa tahap keselamatan kereta cepat Indonesia ini di tahap paling tinggi.

Mereka mengatakan KCJB mampu menghadapi ancaman angin kencang, hujan lebat, objek asing, petir mahupun gempa bumi. Kereta api ini juga akak beroperasi pada kelajuan 350km/j dan dilengkapi sistem perlindungan yang canggih.

Perkara ini disahkan sendiri oleh presiden Kereta Cepat Indonesia China (KCIC), Dwiyana Slamet Riyadi di mana sepanjang laluan KCJB diletakkan alat pengesan ancaman bencana. Terminat Pemantauan Bencana juga dibina bagi memantau keadaan di Tegalluar.

7 sensor kesan getaran dipasang setiap 25km laluan

17 sensor bagi mengukur kelajuan dan arah angin turut dipasang bagi mengesan ancaman angin kencang. Untuk mengesan hujan lebat pula, 8 sensor dipasang pada setiap 20km dan data kepadatan hujan akan dihantar setiap 10 minit selama 24 jam.

Fuhh banyak juga sensor yang dipasang bagi memastikan kelancaran KCJB ni. Apapun langkah keselamatan bencana ni amat penting dilakukan di Indonesia.

Kredit: KCIC

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas