Connect with us

Oh! Media

JPJ Akhirnya Buka Bidaan Nombor Pendaftaran “EV” Dengan Papan Plat ‘Standard’ Yang Cantik, Penuh Dengan Ciri Keselamatan Lagi!

Ohmedia img 0335

Oh! Gear

JPJ Akhirnya Buka Bidaan Nombor Pendaftaran “EV” Dengan Papan Plat ‘Standard’ Yang Cantik, Penuh Dengan Ciri Keselamatan Lagi!

Hari ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dengan rasmi melancarkan plat nombor khas JPJePlate untuk kenderaan tanpa pelepasan gas, atau dikenali sebagai Zero Emission Vehicle (ZEV). 

Menurut laporan Careta, plat khas ini bukan saja nak galakkan lagi penggunaan kereta mesra alam, tapi juga sebahagian daripada usaha kerajaan untuk bawa pendigitalan ke tahap seterusnya.

Img 0337

Plat JPJePlate ni bukan sekadar cantik je, tapi ia ada banyak kelebihan. Antaranya, ia lebih mudah nampak waktu malam sebab ada ciri retro-reflektif yang boleh kurangkan kemalangan.

IKLAN
Img 0342

Selain tu, ada juga hologram anti-klon yang boleh elakkan risiko kecurian dan penipuan. Teknologi RFID yang digunakan pun akan memudahkan penguatkuasaan, dan ia juga buat kenderaan elektrik senang dikenalpasti apabila berlakunya kecemasan.

Img 0339

Untuk yang beli kenderaan ZEV baru, korang dah boleh mula tempah JPJePlate ni mulai 9 September 2024 melalui laman web jpjeplate.jpj.gov.my.

Img 0336

Tapi, kalau korang dah ada kereta ZEV, jangan risau sebab korang boleh tempah mulai November nanti dengan harga RM98 satu set. 

Buat masa sekarang, plat khas ni cuma untuk kenderaan ZEV baru je. Kementerian Pengangkutan pun ada buat sesi perbincangan dengan pengeluar dan pengedar kenderaan pada bulan Jun untuk pastikan kerjasama antara semua pihak berjalan dengan lancar.

Ohmedia img 0335

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Careta


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas