Connect with us

Oh! Media

Ini Spesifikasi Toyota Land Cruiser 250 Series Dengan Gaya Retro

Ohmedia  Toyota

Oh! Gear

Ini Spesifikasi Toyota Land Cruiser 250 Series Dengan Gaya Retro

Bagi peminat jip lasak dengan gaya retro, kini Toyota memperkenalkan Land Cruiser Prado 250 Series yang bakal dilancar di Jepun pada penggal pertama 2024, malah ditawarkan serata dunia, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Tambahan, jualan keseluruhan siri Land Cruiser, termasuk Lexus LX dan GX setakat Jun 2023 sudahpun mencecah 11.3 juta unit di 170 negara dan rantau dunia.

IKLAN
Toyota

Toyota Land Cruiser dibahagikan kepada tiga siri seperti berikut:

  • Station Wagon: Dilengkapi teknologi terkini dan menjadi model perdana. Generasi terbaharu dikenali sebagai Land Cruiser 300 Series.
  • Heavy Duty: Tahan lasak dan untuk pemanduan off-road, iaitu Land Cruiser 70 Series.
  • Light Duty: Senang dikendalikan dan selesa dengan asas off-road sebagai kenderaan gaya hidup dan pilihan praktikal buat pelanggan. Dikenali sebagai Land Cruiser Prado.

Spesifikasi Land Cruiser 250 Series

Kenderaan keluaran Toyota ini menggabungkan rekabentuk tradisional dan moden dengan rekaan dalaman dan luaran menumpukan tiga kata utama, iaitu reliabel (reliable), malar segar (timeless) dan profesional (professional).

Toyota

Dimensi Land Cruiser 250 Series berbanding CG Prado

  • Panjang: 4,925 mm (+100)
  • Lebar: 1,980 mm (+95)
  • Tinggi: 1,870 mm (+20)
  • Jarak roda: 2,850 mm (+60)

Casis dan Pengendalian

Toyota

  • Ketegaran rangka meningkat 50 peratus dan 30 peratus ketegaran keseluruhan.
  • Artikulasi (naik dan turun) roda dipertingkat, keupayaan tayar kekal atas permukaan dalam pemanduan off-road.
  • Stereng kuasa elektrik (EPS) membantu mengurangkan kehilangan kawalan stereng ketika pemanduan off-road, memberikan fiil stereng lebih kemas, meningkatkan pengendalian pada halaju rendah dengan keupayaan fungsi Bantuan jejak Lorong.
  • Fungsi mekanisme nyah sambung penstabil Stabilizer Disconnect Mechanism (SDM) yang pertama untuk model Toyota.
  • Stabiliser depan boleh diguna atau ditanggal (disconnect) jika tidak diperlukan melalui suis kawalan. Misalnya, pemanduan off-road tidak memerlukan bar stabiliser, dan sebaliknya di jalan raya.

Trenkuasa Ikut Pasaran

Toyota

Amerika Utara, China

  • Hibrid 2.4L T24A-FTS turbo
  • Transmisi automatik 8-kelajuan Direct Shift-8AT
  • Kuasa 328hp, tork 630Nm

Timur tengah, Eropah Timur dan lain-lain

  • Petrol 2.4L T24A-FTS turbo
  • Transmisi automatik 8-kelajuan Direct Shift-8AT
  • Kuasa 279hp, Tork 430Nm

Australia, Eropah Barat

  • Diesel 2.8L 1GD-FTV turbo dan sistem 48V
  • Transmisi automatik 8-kelajuan Direct Shift-8AT
  • Kuasa 202hp, tork 500Nm

Eropah Barat, Eropah Timur, Jepun, Timur Tengah dan lain-lain

  • Diesel 2.8L 1GD-FTV turbo
  • Transmisi automatik 8-kelajuan Direct Shift-8AT
  • Kuasa 202hp, tork 500Nm

Eropah Timur, Jepun dan lain-lain

  • Petrol 2.7L 2TR-FE
  • Transmisi automatik 6-kelajuan Super-ECT
  • Kuasa 161hp, tork 246Nm

Mengikut pasaran AS, model ini dibahagikan kepada Land Cruiser 1958, Land Cruiser dan edisi terhad, Land Cruiser First Edition.

Di Eropah pula, selain Land Cruiser standard, pembeli juga ditawarkan Land Cruiser First Edition yang dihadkan pengeluaran 3,000 unit sahaja.

Kredit: PanduLaju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Toyota land cruiser gunung fiji 1000x414 1
  • Toyota land cruiser 250 series 202310
  • Toyota land cruiser 250 series 202306
  • Toyota land cruiser 250 series 202304
  • Ohmedia  Toyota
  • Toyota land cruiser gunung fiji 1000x414 1
  • Toyota land cruiser 250 series 202310
  • Toyota land cruiser 250 series 202306
  • Toyota land cruiser 250 series 202304
  • Ohmedia  Toyota

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas