Oh! Gear
Ini Rupa Ducati Streetfighter V4 S, Harga Bermula RM141k
Sebelum ini kami ada kongsikan berita mengenai Ducati Malaysia telah membawa masuk Ducati Diavel V4 (2023) ke pasaran Malaysia.
BACA: Ducati Diavel V4 (2023) Mula Masuki Pasaran Malaysia, Harga Bermula RM178k
Sekali lagi, Ducati Malaysia telah meluaskan pilihan model streetfighter baharu iaitu Ducati Streetfighter V4 S (2023) seiring pelancaran Ducati Diavel V4 dan Panigale V4 SP 2 di Malaysia.
Bukan itu sahaja, ia juga dipasarkan dengan dua warna pilihan, iaitu Ducati Red (merah) dan Grey Nero (kelabu) pada harga jualan RM141,900.

Spesifikasi Ducati Streetfighter V4 S (2023)
- Dijana enjin Desmosedici Stradale 90º V4 1,103cc penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) berkuasa 208hp @ 13,000rpm, dan tork 123Nm @ 9,500rpm.
- Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan ciri Quickshifter dwi-hala EVO2.
- Ada empat mod tunggang, iaitu: Full, High, Medium dan Low.
- Berat kasar 201.5kg. Dipasangkan dua pasang winglet pada sisi motosikal dengan bar hendal lebih tinggi, lebar berbanding Panigale V4.
- Didatangkan dengan pelana tunggal dan tangki minyak direka baharu yang mampu menampung kapasiti bahan api lebih tinggi (16.5 liter).
- Panel meter TFT 5 inci warna penuh resolusi tinggi, sama seperti Panigale V4, termasuk takometer visual dan grafik ditambah baik untuk memudahkan bacaan ketika menunggang. Ada juga paparan Track Evo.

Kredit: PanduLaju
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.