Connect with us

Oh! Media

Ducati Diavel V4 (2023) Mula Masuki Pasaran Malaysia, Harga Bermula RM178k

Ohmedia  Ducati

Oh! Gear

Ducati Diavel V4 (2023) Mula Masuki Pasaran Malaysia, Harga Bermula RM178k

Berita baik buat peminat-peminat motor ‘superbike‘ terutama sekali jenama Ducati!

Ducati Malaysia telah membawa masuk Ducati Diavel V4 (2023) ke pasaran Malaysia dalam dua skema warna, iaitu Ducati Red (merah), berharga RM178,000 dan Thrilling Black (hitam), berharga RM181,900.

Menariknya, Ducati Diavel V4 (2023) ialah varian kedua dengan trenkuasa 4-silinder konfigurasi V, selain model Panigale V4 SP2 dan Streetfighter V.

IKLAN

Ducati

Spesifikasi Ducati Diavel V4 (2023)

  • Mengetengahkan rekabentuk lebih maskular dengan garis badan lebih sporty dan anggun.
  • Dijana trenkuasa Granturismo V4 90º 1,158cc penyejukan cecair dengan output kuasa 168hp @ 10,750rpm, dan tork 126Nm @ 7,500rpm.
  • Kapasiti tangki minyak 20 liter.
  • Sistem lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu siang (DRL) dan lampu belakang LED Matrix.
  • Frem monokok aluminium.
  • Berat lebih ringan 13kg berbanding Diavel 1260 S.
  • Ada empat mod tunggan, mod kuasa Power Mode, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Belokan, Kawalan Traksi Ducati (DTC), Kawalan Wheelie Ducati (DWC) dan anjakan pantas QuickShifter Ducati.
  • Selang servis setiap 60,000km

Ducati

BACA: Ducati Malaysia Tambah Tempoh Jaminan Lagi 3 Bulan

Terdahulu, , Ducati telah menambah tempoh jaminan selama 3 bulan buat pemilik Ducati yang telah tamat tempoh jaminannya.

Kredit: PanduLaju

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Ducati diavel v4 2023 26 1000x667 1
  • Ducati diavel v4 2023 26 1000x667 2
  • Ducati diavel v4 2023 21
  • Ohmedia  Ducati
  • Ducati diavel v4 2023 26 1000x667 1
  • Ducati diavel v4 2023 26 1000x667 2
  • Ducati diavel v4 2023 21
  • Ohmedia  Ducati

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas