Connect with us

Oh! Media

Honda Malaysia Mungkin Bawa Masuk City Hatchback Tahun Ini, Harga Lebih Mahal Dari Jazz?!

D8d32eaf e94d 46f9 932c d9d59bd1332b

Oh! Gear

Honda Malaysia Mungkin Bawa Masuk City Hatchback Tahun Ini, Harga Lebih Mahal Dari Jazz?!

Kalau korang nak tahu, Honda Jazz baru sebenarnya dah lama diperkenalkan di Jepun. Tapi ada ura-ura mengatakan yang Jazz baru ni memang tak akan masuk Malaysia dan juga di seluruh Asean, sebaliknya digantikan dengan Honda City Hatchback yang dah pun dilancarkan Honda baru-baru ini. 

Ad648aa5 e10e 4c51 b1f9 0cdac0b8e0a8

Memandangkan Honda Jazz baru ni tak masuk Malaysia, berkemungkinan besar yang wakil pengedar Honda akan perkenalkan City Hatchback ni, betul tak gais? Lagipun, dekat negara Thailand dan Indonesia pun dah diperkenalkan secara rasmi.

Mesti ada yang tertanya berapalah agaknya harga, jauh tak beza City Hatchback ni dengan Jazz kan? Mengikut senarai dalam laman web Nilai Jual Kendaraan Bermotor (NJKB) Jakarta, mereka tawarkan dua variasi City Hatchback di sana iaitu 1.5L RS CVT berharga 221 juta rupiah (RM63,410) dan 1.5L RS MT yang berharga 213 juta rupiah (RM61,120).

IKLAN
B7551a64 7a8a 4ea4 b9be e27cdfb1fee1

Media di Jakarta juga telah buat kira-kira dan setelah dihitung caj tambahan lain, Honda City Hatchback ni dianggarkan mencecah harga 300 juta rupiah (RM86,130) yang jauh lebih mahal dari harga Jazz GK5 dekat sana.

5c96c732 ad75 474e abf3 ed8a9064d1a4

Jadi, apa pandangan korang? Tapi Ohmedia memang tertarik dengan design Honda City Hatchback ni, lawa gila gais! Apapun kita tunggulah sehingga pengedar Honda Malaysia bawa masuk dan perkenalkan City Hatchback ni nanti ya.

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas