Connect with us

Oh! Media

Honda CBR 150R (2021) Dilancarkan Pada Harga Kurang RM13k

Honda CBR 150R

Oh! Gear

Honda CBR 150R (2021) Dilancarkan Pada Harga Kurang RM13k

Boon Siew Honda (BSH) baru saja melancarkan model sportbike terbaru mereka iaitu CBR150R (2021) pada harga RM12,499. Pergh! Pesaing kepada Yamaha R15 ni. 

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Pandu Laju, sportbike ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu merah dan juga kelabu. Berkenan betul bila tengok warna merah itu, nampak garang gila!

Honda CBR150R ini menggunakan enjin 4-lejang silender tunggal 149.2cc DOHC penyejukan cecair yang berkuasa 16hp dan 13.7Nm bagi tork. 

Untuk transmisi, ia hadir dengan manual 6-kelajuan yang dilengkapi ciri Assist & Slipper (A&S) bagi mencegah tayar belakang dari tergelincir semasa menurunkan gear secara pantas.

Sportbike ini juga mempunyai sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan menggunakan sistem lampu LED pada bahagian depan dan belakang. Tangki minyak pada Honda CBR150R ini juga boleh dimuatkan sehingga 12 liter petrol tau. 

Apa pandangan korang? Sekiranya diberi pilihan antara Yamaha R15 dan Honda CBR150R ini, mana satu yang korang pilih?

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas