Connect with us

Oh! Media

Harga RON95 Bakal Disasarkan, Tapi Jualan Kereta Dijangka Tak Terjejas!

RON95

Oh! Gear

Harga RON95 Bakal Disasarkan, Tapi Jualan Kereta Dijangka Tak Terjejas!

Rancangan kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pertengahan tahun ini dijangka tidak memberi kesan besar kepada jualan kenderaan dalam pasaran tempatan.

Menurut laporan Harian Metro,  pengalaman daripada pelarasan subsidi pada 2008, 2014 dan 2016 menunjukkan jumlah jualan industri (TIV) kekal stabil, membuktikan daya tahan pasaran walaupun kos bahan api meningkat dan perkara ini dikatakan sendiri penganalisis.

IKLAN

Bukan tu jer, langkah rasionalisasi subsidi ini dijangka mendorong perubahan dalam pilihan pengguna, dengan lebih ramai beralih kepada kenderaan elektrik (EV) atau enjin pembakaran dalaman (ICE) yang lebih cekap bahan api.

Golongan T15, M40 dan B40 dijangka tukar pilihan kenderaan

BIMB Securities Research menjangkakan golongan berpendapatan tinggi (T15) akan mempercepatkan peralihan kepada EV kerana kos operasi jangka panjang yang lebih rendah, disokong insentif kerajaan dan kesedaran terhadap kelestarian.

Bagi golongan M40 dan B40, mereka dijangka beralih kepada model kenderaan yang lebih menjimatkan bahan api, seperti Perodua Axia dan Bezza, bagi mengurangkan perbelanjaan petrol.

Walaupun harga bahan api lebih tinggi, permintaan untuk kenderaan ICE yang ekonomi dan EV yang semakin meningkat dijangka dapat mengekalkan pertumbuhan pasaran automotif di Malaysia.

Sejarah menunjukkan pasaran kekal stabil

Berdasarkan rekod, kenaikan harga bahan api pada 5 Jun 2008, yang menyaksikan RON97 naik dari RM1.92 ke RM2.70 seliter, hanya menyebabkan penurunan kecil sebanyak 2% dalam jualan kenderaan pada 2009.

Namun, permintaan terhadap kereta mampu milik dan jimat bahan api seperti Perodua Myvi, Proton Saga, dan Perodua Viva kekal tinggi.

Begitu juga selepas pengenalan RON95 pada 2009 dan sistem apungan harga petrol pada 2014, pengguna mula memilih kenderaan yang lebih ekonomi tetapi tidak menyebabkan gangguan besar kepada jumlah jualan keseluruhan.

#ApaKataOhmedia

Jika penyasaran subsidi RON95 dilaksanakan, pastikan anda merancang bajet dengan lebih bijak! Mungkin sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan kenderaan lebih jimat bahan api atau EV bagi mengurangkan beban perbelanjaan petrol.

RON95

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas