Connect with us

Oh! Media

Ekzos Motor Bising, Pemilik Motosikal Boleh Didenda Atau Penjara

Oh! Gear

Ekzos Motor Bising, Pemilik Motosikal Boleh Didenda Atau Penjara

Sebelum ini, mana-mana pemilik kereta yang menggunakan tayar ‘hellaflush’ atau lebih dikenali sebagai ‘tayar kepak’ akan dikenakan denda RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

ADVERTISEMENT

Terbaharu, bagi pemilik motosikal yang mengubah suai kenderaan mereka dengan menggunakan ekzos yang tidak mengikuti spesifikasi boleh didenda tidak melebihi RM 2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, lapor akhbar Sinar Harian.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, setiap ekzos yang dipasang perlulah sentiasa diselenggara supaya dalam keadaan yang baik. Bukan itu sahaja, hal itu perlu dipastikan supaya ekzos yang digunakan tidak diubah suai sehingga mengeluarkan bunyi bising.

Penggunaan ekzos seperti ini menjadi citarasa terutamanya golongan anak muda kerana dikatakan ianya boleh meningkatkan kelajuan motosikal sekaligus dapat memperlihat fizikal motosikal itu kelihatan lebih cantik.

Namun, polis diberikan kuasa untuk menyita motosikal tersebut sehingga pemilik kenderaan berkenaan boleh menjamin perkara itu tidak berulang lagi.

Gambar Hiasan

Oleh itu, semua pemilik kenderaan perlu mematuhi undang-undang jalan raya yang melibatkan pengubahsuaian kenderaan bermotor. Bagi sesiapa sahaja yang ingin membuat pengubahsuaian perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kredit : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh!Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas