Connect with us

Oh! Media

Bahang Gila Bila Masuk Kereta? Ini 4 Tip Mudah Buang Haba Panas Yang Korang Perlu Buat

B081d292 936b 41de b050 b1c4a37ff886

Oh! Gear

Bahang Gila Bila Masuk Kereta? Ini 4 Tip Mudah Buang Haba Panas Yang Korang Perlu Buat

Pernah tak bila naik kereta, member korang sibuk cakap ‘weh, panaslah kereta kau’, ‘tak pasang tinted ke?’ sebab rasa bahang gila bila masuk kereta? Memang tak dapat dinafikanlah yang dekat Malaysia ni memang panas gila. Chill gais! Meh sini Ohmedia nak kongsikan 4 tip untuk kurangkan panas dalam kereta korang tu.

Hayun Pintu

8d4e4551 46aa 4788 a342 f9a6da50df8a

Dengar macam kelakar kan? Cara ni akan buatkan angin panas dalam kereta korang keluar. Pertama sekali korang kena buka tingkap depan dan belakang di bahagian kiri kereta korang. Lepas tu hayun je pintu sebelah driver sebanyak tujuh hingga 8 kali. Tapi bila korang buat cara ni, jaga sikit tangan korang tu dan jangan sampai tersepit pula. 

IKLAN

Parking di tempat teduh

23ad42b0 097c 42c7 9731 f0a1f822bbf3

Carilah tempat yang teduh sebelum korang parking kereta macam bawah pokok dan bawah bumbung. Confirm tak panas! Tapi sebelum parking tu pastikanlah tempat tu selamat dulu gais.

Buka aircond serentak dengan tingkap

63e6e3cd 4928 4fa7 b799 d0e2c51b8dae

Sebelum mulakan perjalanan tu, bukalah aircond paling maksimum sambil membuka kesemua tingkap kereta dan biarkan selama seminit. Nampak macam biasa buatkan? Lain gais, jangan tutup kesemua tingkap lagi. Korang perlu tutup kedua-dua tingkap hadapan terlebih dulu dan biarkan kedua-dua tingkap belakang dibuka hanya 2 inci kurang dari setengah minit. Haa, faham kan? Ianya untuk hilangkan saki-baki haba panas dalam kereta tu.

Turunkan tingkap sikit sebelum tinggalkan kereta

C3481200 7ae5 434d 94bf 91697d2c7288

Rasanya hampir semua orang buat tip ni betul tak? Tapi bagi sesiapa yang taktahu tu, inilah salah satu caranya. Korang perlu turunkan sikit tingkap korang tu supaya udara panas boleh keluar dengan mudah semasa parking.

Cubalah kesemua tip di atas, confirm kereta korang cepat je sejuk nanti. Kalau nak tengok lebih detail, pergi ke Youtube Pandu Laju. Abang Gan ada tunjuk kesemua cara-cara tip diatas.

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas