Oh! Gear
Adakah TnG Dan SmartTAG Akan Dimansuhkan Terus Atau Boleh Guna Lagi? Ini Jawapan PLUS
Mesti ramai pengguna lebuh raya ketika ini masih tertanya-tanya selepas PLUS mengumumkan mereka akan menggunakan RFID sepenuhnya di semua plaza tol di Lebuhraya Utara-Selatan laluan Skudai-Jeru. Pelaksanaan ini akan dikuatkuasa sepenuhnya pada 15 Januari 2022 nanti.
Disebabkan itu, ramai yang keliru kerana bibang TnG dan SmartTag tidak lagi berguna. Ini lebih mengelirukan apabila ada pihak mengatakan hanya pembayaran tol RFID sahaja boleh digunakan selepas 15 Januri nanti. Ada juga yang kata TnG dan SmartTah akan dimansuhkan secara berperingkat.

Ini jawapan PLUS untuk semua kekeliruan ini
Pihak PLUS dalam satu kenyataan mengesahkan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih ditawarkan kepada semua pengguna jalan raya walaupun selepas 15 Januari ini.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail mengesahkan perkara itu di mana RFID hanya akan menjadi pilihan tambahan kepada pengguna.
Bayar tol tanpa plaza tol
Mungkin ada yang tertanya-tanya, “Jadi kenapa RFID ini diperkenalkan?”. Pengenalan RFID ini sebenarnya adalah sebagai langkah awal sebelum kita beralih kepada pembayaran tol tanpa kehadiran plaza tol pada masa akan datang.

Kredit: ENGEAR
+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM