
Oh! Gear
40,000 Model Perodua Hadapi Masalah Penapis Minyak Enjin Bocor, Ini Penjelasan Dari CEO
Oleh
Sebelum ini, ramai pengguna model Perodua menjadi kecoh kerana menghadapi isu penapis minyak enjin kenderaan mereka bocor. Permasalahan itu juga masih lagi membelenggu jenama Perodua sehingga ke hari ini.
BACA: PERODUA Tawar Pakej Servis Rahmah Aidilfitri Buat Pemilik Axia Dan Bezza
Oleh itu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad telah tampil untuk memberi penjelasan bagi isu tersebut.
Masalah Perodua

Menurut beliau, sekitar 40,000 daripada 4.5 juta kenderaan jenama Perodua berdepan masalah penapis minyak bocor. Model kenderaan Perodua yang mengalami masalah tersebut ialah Axia, Myvi, Alza dan Ativa. Namun, Perodua Aruz dikatakan tidak terpalit dengan isu ini.
Zainal juga menjelaskan bahawa masalah penapis minyak ini tidak melibatkan model terbaru yang keluar dari kilang Perodua kerana penggunaan komponen penapis minyak datang dari vendor yang berbeza.
Sebagai solusi, Perodua akan menukar penapis minyak bermasalah dan menukar sekali minyak enjin secara percuma buat pelanggan yang menghadapi masalah tersebut. Jangan lupa bawa kenderaan korang ke pusat servis Perodua.
Kredit: Pandu Laju
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
