Oh! Artis
Zizi Kirana Dan Suami Hadir Ke Mahkamah Syariah
Zizi Kirana hadir ke Mahkamah Syariah bersama suami, isu rumah tangga mula jadi perhatian ramai.
Kehadiran penyanyi popular, Zizi Kirana bersama suaminya, Yusuf Bahrin ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis telah mencuri perhatian ramai. Ramai mula tertanya-tanya sama ada ia ada kaitan dengan isu rumah tangga pasangan ini.
Zizi dilihat hadir memakai jubah hitam sekitar jam 8.40 pagi dan ditemani pelakon terkenal, Ummi Aida. Namun begitu, kehadiran mereka masih menjadi tanda tanya apabila tiada penjelasan jelas diberikan kepada media.
Zizi Kirana pilih untuk berdiam diri

Menurut laporan, Zizi enggan mengulas lanjut mengenai tujuan sebenar kehadirannya ke mahkamah tersebut. Malah, dia sendiri memaklumkan tidak mengetahui secara terperinci urusan yang akan dijalankan.
Doakan yang baik-baik, insya-ALLAH semoga semua urusan dipermudahkan untuk kedua-dua pihak.- Katanya.
Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil turut berkongsi bahawa ini merupakan kali pertama dia hadir ke Mahkamah Rendah Syariah sepanjang hidupnya.
Isu rumah tangga sebelum ini sudah diperkatakan

Sebelum ini, pada 26 Oktober 2025, media pernah melaporkan bahawa Zizi memilih untuk tidak memberi sebarang penjelasan berhubung dakwaan isu rumah tangga yang dikatakan sedang bergolak.
Sejak itu, pasangan ini dilihat lebih berhati-hati dan tidak banyak berkongsi tentang kehidupan peribadi mereka kepada umum.
Untuk rekod, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021. Mereka mula berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia.

Sehingga kini, kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai tujuan sebenar kehadiran mereka ke mahkamah berkenaan, sekaligus membuatkan ramai terus tertanya-tanya.
Pssttt! Kadang-kadang dalam rumah tangga, tak semua benda perlu dikongsi pada umum. Apa pun yang berlaku, kita doakan yang baik-baik untuk mereka. Korang pun kalau ada masalah, selesaikan dengan tenang dan matang.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM