
Oh! Artis
Zizi Kirana Cemas Kapal Misi Gaza Dikesan Dron Pengintip
Zizi Kirana dedah kapal misi Gaza dikesan dron pengintip, peserta terpaksa pakai jaket keselamatan.
Ketika niat murni penyanyi dan aktivis, Zizi Kirana sertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza, tak sangka pula muncul detik mendebarkan. Bayangkan tengah berlayar bawa bantuan, tiba-tiba ada dron pengintip dikesan dekat kawasan konvoi mereka.
Menurut Zizi, kapal yang dinaikinya memang tak dilintasi secara terus oleh dron tu, tapi ia terbang terlalu hampir dengan kapal lain dalam flotila berkenaan. Situasi tu cukup buat semua peserta dan anak kapal rasa berdebar.
Seperti mana dilaporkan Instagram Global Sumud Flotilla, yang mana ada kapal-kapal Global Sumud Flotilla ini yang sudah didatangi oleh dron pengintip.
Bukan di kapal kami tapi di kapal sahabat-sahabat lain dan kita memang berjalan, orang kata berlayar secara kumpulan. Jadi, semestinya mereka berada di berdekatan juga di sini.- Jelasnya.
Zizi Kirana maklumkan semua diarahkan pakai jaket keselamatan…
Kehadiran dron itu tak boleh dipandang ringan. Semua anak kapal dan peserta diarahkan segera pakai jaket keselamatan, bersedia hadapi sebarang kemungkinan.
Selepas mendapat maklumat itu, kami semua diminta untuk memakai jaket keselamatan dan memang semua kapal menyedari mengenai kehadiran dron pengintip itu.- Kata Zizi.
Mujurlah insiden tegang tu tak berlarutan. Beberapa minit kemudian, dron berkenaan dilaporkan beredar dari kawasan tersebut.
Selepas beberapa minit, alhamdulillah dron itu pun sudah pergi. Sebab dia tahu yang kita tahu dia datang. Alhamdulillah kita semua okay dekat atas kapal ni.- Tambahnya lagi.
Perubahan rancangan pelayaran…
Bukan setakat insiden dron, Zizi juga memaklumkan ada perubahan mendadak dalam perjalanan mereka. Demi keselamatan dan privasi semua yang terlibat, lokasi hentian terpaksa diubah.
Kami sekarang berada di sebuah pulau terdekat dan ikutkan berhenti untuk buat hal-hal yang perlu. Tapi disebabkan tempat terbabit terlalu ramai orang awam, kami dapati ada beberapa kamera dan media.
Jadi, kami terpaksa berpindah tempat demi menjaga privasi dan keselamatan kru-kru produksi lain. Insya-Allah, Allah lebih tahu apa yang terbaik. Insya-Allah, doakan.- Katanya.
Selain Zizi, pelakon Ardell Aryana turut sama menyertai misi bersejarah Global Sumud Flotilla yang menghimpunkan rakyat dunia bagi memecahkan sekatan haram rejim Israel terhadap Gaza.
Pssttt! Kadang-kadang niat baik pun boleh diuji dengan halangan yang tak dijangka. Macam Zizi dan rakan-rakan aktivis ni, mereka tetap kuat demi perjuangan bantu rakyat Gaza walaupun berdepan risiko. Korang pula, bila buat sesuatu untuk kebaikan, jangan mudah goyah bila diuji. Ingat, setiap kebaikan akan ada jalannya bila kita ikhlas.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
