Connect with us

Oh! Media

“Your Mom Burukkan I Dalam Group WhatsApp Selebriti” – Janna Nick Balas Kenyataan Puteri Balqis

Ohmedia janna Nick Bersuara

Oh! Artis

“Your Mom Burukkan I Dalam Group WhatsApp Selebriti” – Janna Nick Balas Kenyataan Puteri Balqis

Janna Nick dakwa pernah berlakon dengan Puteri Balqis.

Pelakon, Janna Nick tampil memberikan respon kepada kenyataan yang ditulis Puteri Balqis dan ibunya di Instagram.

BACA: “Awak Baru Kena Sikit Dah Melalak, Junjung Quran” – Ibu Puteri Balqis ‘Sound’ Janna Nick

Janna secara terus tag akaun @morosechild dan mempersoalkan apakah Puteri Balqis mempunyai sebarang isu dengan dirinya.

IKLAN

“Boleh tahu apa isu awak dengan saya?” – Janna Nick

Janna turut menegaskan bahawa dia bersedia untuk bersemuka secara dalam talian memandangkan kini berada di London.

Janna Nick

Janna turut mengimbas kembali pengalaman mereka berlakon bersama sewaktu Balqis masih kecil. Dia mendakwa pernah mengalami trauma apabila terlihat seseorang yang berkaitan dengan Balqis tidur dalam keadaan tidak senonoh di dalam bilik ketika dia mahu solat. (bukan ibu Puteri Balqis)

Janna turut meluahkan rasa tidak selesa terhadap cara Balqis digunakan untuk menjana pendapatan sewaktu kecil dan mengakui sedih melihat situasi yang berlaku.

“I ajak your family dinner bersama tapi tak datang”

Janna Nick

Perkongsian paling mengejutkan ialah apabila Janna mendakwa pernah diburukkan oleh ibu Puteri Balqis dalam satu kumpulan WhatsApp selebriti selepas penggambaran mereka tamat.

Perkara itu dikatakan dimaklumkan sendiri oleh pengarah Michael Ang.

After that your mom burukkan I dalam group WhatsApp celebrity (I diberitahu oleh @michaelang38) selepas kita habis shoot together. You kecik lagi. Sejak tu I dipulaukan oleh sahabat celebrity your mom for YEARSSSS…

Walaupun banyak kisah pahit dikongsikan, Janna tetap memuji kesungguhan Balqis ketika zaman kanak-kanaknya.

“Thread I tu general, tak merujuk untuk back up MS”

Janna Nick

Dia masih ingat bagaimana Balqis membawa patung Darth Vader ke set dan menunjukkan dedikasi yang tinggi sebagai pelakon muda.

Janna Nick

Dalam penutup, Janna menjelaskan bahawa thread asalnya bukanlah untuk membela Mia Sara dan dia kini sedang cuba untuk melepaskan segala dendam yang pernah dipendam.

Dia turut berharap agar Balqis dapat ‘sembuh’ dan mencari kedamaian.

Pssttt! Isu yang pada awalnya tertumpu kepada konflik Mia Sara dan Puteri Balqis kini terbuka kepada kisah lama antara Balqis dan Janna Nick. Semoga semua pihak dapat mencari penamat yang damai tanpa terus mengungkit luka lama.

Kredit: Instagram Janna Nick
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas