Connect with us

Oh! Media

“Yang Cakap Tu Macam Tahu Je Apa Jadi Belakang Stage” – Peserta ATNM Buka Mulut

Oh! Artis

“Yang Cakap Tu Macam Tahu Je Apa Jadi Belakang Stage” – Peserta ATNM Buka Mulut

Juri program All Together Now Malaysia Musim 2, Catriona Ross menegur peserta rancangan berusia 16 tahun yang dikatakan biadap ketika menjawab soalan juri.

ADVERTISEMENT

BACA: “Acah-Acah Bagus” – Biadap Jawab Komen Juri, Peserta ATNM Kena ‘Sound’ Depan-Depan

Menurut pelakon itu, untuk berjaya dalam hidup seseorang hendaklah menjaga sikap, menghormati orang lain, berdisiplin dan merendah diri.

Selain Catriona, juri Datuk Syafinaz Selamat dan Ajai turut memberi pandangan masing-masing berhubung sikap remaja itu.

https://twitter.com/shazlan_80/status/1604475840284479488

Terbaru, gadis berusia 16 tahun itu tampil membuka mulut selepas dikecam ramai. Jelas gadis yang dikenali sebagai Ika itu, dia mengakui kesalahannya dan akan perbaiki diri menjadi lebih baik selepas ini.

Tak mahu menerangkan dengan lebih lanjut, gadis ini berkata cukuplah keluarga dan rakan-rakan tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Dia tak perlu menjelaskan kepada orang ramai kerana ada segelintir tak peduli pun perkara sebenar.

Tulis gadis ini lagi, orang-orang yang bercakap seolah-olah tahu apa yang berlaku di belakang pentas dan apa yang pihak penerbit mahu. Katanya cukuplah Allah SWT dan dirinya tahu hal sebenar.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas