Connect with us

Oh! Media

Wany Hasrita Pakai Gelang ‘Pink’? Ini Penjelasannya

26193576 c17c 4b07 9fd4 0a7addcca566

Oh! Artis

Wany Hasrita Pakai Gelang ‘Pink’? Ini Penjelasannya

Wany Hasrita baru saja memuatnaik satu foto di Instagram miliknya dan kelihatan yang Wany sedang memakai gelang ‘pink’ dari KKM dan hal ini menimbulkan persoalan dikalangan peminat. Sepertimana yang kita tahu, baru-baru ini salah seorang peserta SFMM 35 iaitu Alif Satar telahpun disahkan positif Covid19 dan Wany telah tersenarai sebagai kontak rapat Alif.

Wany mengatakan yang dirinya sedang menjalani kuarantin dirumah dan semalam, pihak KKM telah menelefon Wany supaya pergi ke klinik untuk ambil surat kuarantin dan memakai gelang ‘pink’ KKM. Sebelum ini, Wany telah membuat ujian saringan dan disahkan negatif, tetapi perlu buat sekali lagi ujian saringan pada 3 Disember nanti selepas menjalani kuarantin.

Menurut laporan Harian Metro, pembantu peribadi Wany iaitu Nur Anisah menjelaskan tentang hal ini.

IKLAN

Disebabkan ramai bertanya kenapa kena pakai gelang ‘pink’, saya ingin menjelaskan oleh sebab nama Wany berada dalam senarai kontak rapat Abang Alif Satar, makanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghubungi dan mengarahkan kami datang klinik kesihatan ambil surat kuarantin dan pakai gelang ‘pink’ walaupun keputusan ujian saringan Covid-19 kami adalah negatif.

Ini adalah kerana proses kuarantin masih dijalankan selama 14 hari dan wajib pakai gelang ‘pink’ serta duduk di rumah. 3 Disember ini kami akan menjalani ujian saringan kedua.

Jika negatif gelang akan dipotong. Doakan kami dan juga kepada semua terbabit dalam separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) agar urusan dipermudahkan.

Semoga Wany baik-baik sahaja dan tidak terlepas juga kepada semua individu yang terlibat dalam SFMM 35 yang telah berlangsung sebelum ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Wany pakai gelang pink di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas