Berita yang agak mengejutkan itu diketahui selepas penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Menahan Rindu’ itu memuat naik satu hantaran di Instagramnya.
Bakal nikah malam ni
Menerusi hantaran tersebut, Wany memohon orang ramai agar mendoakan segala urusannya dipermudahkan.
Assalamulaikum WBT, dan salam sejahtera.
Wany, dengan rasa rendah hati, ingin memohon doa kalian semua untuk Wany menempuh kehidupan difasa yang baru.
InsyaAllah, Wany akan bernikah malam ini, jadi dikesempatan ini, Wany ingin mohon maaf andai wany pernah menyakiti hati, terlanjur kata atau pernah mengecilkan hati anda semua.
Dapat juga dilihat tertera nama Al-Adib Fahmi yang bakal menjadi suami kepada Wany.
Tahniah Wany
Perkongsian Wany itu mendapat respon daripada rakan artis serta warganet. Rata-rata mereka mengucapkan tahniah kepada penyanyi itu yang bakal melangsungkan ikatan perkahwinan pada malam ini.