Oh! Artis
Wanita Kutuk Isteri Alif Satar Tak Lawa
Netizen Malaysia ni kalau tidak mengecam memang tidak sah, ada sahaja yang nak dikutuk. Kali ini melibatkan penyanyi popular Alif Satar pula selepas isterinya Shadila Halid dikutuk tidak cantik.
Kutukan wajah isterinya itu diterima selepas Alif menaikkan gambar mereka berdua di Instagram miliknya. Alif berkongsi gambar berkenaan dengan mengatakan kulitnya sudah hampir sama cerah dengan isterinya selepas sekian lama tidak melakukan aktiviti luar.
Shadila yang menggayakan muncung ‘duck face’ itu kemudian dikutuk tidak lawa oleh seorang netizen.
Kenapa bini buat muncung macam itik? Tak lawa. – Komennya.
Alif yang geram dan melihat komen melampau itu turut menegur wanita berkenaan.

Pengikut Alif juga merasakan komen berkenaan agak keterlaluan dan menasihatkan wanita terbabit untuk tidak meninggalkan sebarang komen jika tidak ada perkara baik yang ingin disampaikan.
Memalukan orang Johor je sis

Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, jika kita tidak menyukai seseorang mahupun artis, baik unfollow sahaja dari terus melakukan dosa kecil. Apapun semoga Alif Satar sekeluarga bahagia dan sentiasa dilindungiNya.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM