Connect with us

Oh! Media

Virgoun Langgar Surat Perjanjian Tak Ulang Perbuatan Selingkuh, Hilang Hak Penjagaan Anak

Virgoun curang ohmedia

Oh! Artis

Virgoun Langgar Surat Perjanjian Tak Ulang Perbuatan Selingkuh, Hilang Hak Penjagaan Anak

Baru masuk Raya ke-4 hari ini kita sudah dikejutkan lagi dengan isu keluarga melibatkan golongan selebriti. Tetapi kali ini ia melibatkan seorang penyanyi Indonesia pula yang dikenali sebagai, Virgoun yang didapati curang terhadap isterinya, Inara Rusli.

BACA: Isteri Dedah Penyanyi Popular Kerap Langgan P*lacur, Curang Sejak 2 Tahun Lalu

Perkara itu didedahkan isterinya sendiri di mana Virgoun melakukan hubungan sulit dengan wanita bernama, Austina Tenri Ajeng Anis sejak 2 tahun lalu.

IKLAN

Dua tahun lalu, Virgoun pernah menandatangani surat pengakuan melakukan selingkuh dan tidak akan mengulangi kesilapan sama tetapi akhirnya tetap gagal.

Image 164

Isi kandungan surat pengakuan dan perjanjian Virgoun

Dengan surat ini, saya mengaku bahawa saya Virgoun Teguh Putra, mengakui bahawa selama saya masih berkahwin dengan Ina Idol Rusli, adalah benar bahawa saya telah melakukan hubungan tidak bermoral seperti suami isteri yang dilarang oleh agama dan kerajaan dengan Austina Tenri Ajeng Anisa.

Mulai 27 September 2021, jika pada masa akan datang terbukti saya mengulangi perbuatan maksiat yang merosakkan maruah isteri dan keluarga, saya bersedia untuk diadili mengikut undang-undang syariah dan undang-undang Indonesia mengikut fasal 284 berkaitan zina dan menceraikan isteri saya.

Saya akan memberi nafkah sebanyak IRP40 juta sebulan dan hak penjagaan tiga anak kami kepada isteri

Image 165

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas