
Oh! Artis
(Video) Caprice ‘Test’ King Coco Nak Tahu Siapa Lagi Pelat
Oleh
Mempunyai persamaan iaitu pelat dalam bertutur, ada netizen cuba menjodohkan penyanyi rap Caprice dengan pemilik media sosial, King Coco.
BACA: “Ingat Lawak Ke?” – Caprice Tukar Kapsyen Lepas Ditegur Melampau
Ibu tunggal dua anak ini walau bagaimanapun berkata dia tidak berminat dan penyanyi rap itu tidak mempunyai ciri-ciri lelaki pilihannya.
Terbaru, Caprice menerusi hantarannya di media sosial didapati telah bertemu empat mata dengan King Coco.
Sebelum ini mereka dipercayai berhubung di ruangan Direct Message di mana Caprice menjelaskan situasi gurauan panggilan video di dalam bilik air.
Dalam pertemuan itu, Caprice mencabar King Coco baca kisah ‘Sang Kancil dan Buaya’ untuk mendapat tahu siapakah yang paling pelat di antara mereka.
Caprice menyifatkan bahasa Melayu King Coco yang lahir serta dibesarkan di Kuala Lumpur agak teruk berbanding dirinya yang dibesarkan di luar negara.
Apa pendapat anda?
Kredit: Instagram Caprice
