Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

[VIDEO] Akhirnya Bersatu Lepas 377 Hari, Momen Indah Dayah Bakar Bikin Sebak

Setelah lebih setahun tinggal berjauhan, pengacara, Dayah Bakar akhirnya dapat tinggal bersama suami di Australia. Difahamkan, sebelum ini mereka terpaksa berpisah kerana suaminya yang bekerja sebagai pegawai tentera mempunyai komitmen tugas di luar negara.

Dayah turut membawa anak kecil mereka yang berusia lima bulan. Momen indah penyatuan keluarga ini sememangnya menyentuh hati orang ramai. Tabah betul Dayah ni kan?

IKLAN

377 hari

Perjalananan dengan 1001 cerita yang tidak mungkin dapat ditulis dan diungkapkan dengan kata-kata selain dari rasa syukur.

Alhamdulillah Ibu, Baba dan Fahri dapat bersama, akhirnya .
Terima kasih atas doa baik kalian yang tidak putus untuk Dayah dan keluarga. We appreciate it so much dan Dayah doakan sesiapa sahaja yang terpisah dengan yang tersayang akibat pandemik, sekejap atau lama , dekat atau jauh, dapat disatukan kembali . Amin

#DayaHanif#miniDayaHanif#DayahLova

Di Instagram, perkongsian ini mendapat sehingga 1.6 juta tontonan. Orang ramai turut berasa sebak melihat Dayah seorang diri menenangkan anak di dalam kapal terbang.

Malah, sebaik sampai di airport dia segera memeluk suami. Suaminya, Muhammad Hanif Hamidi dilihat membawa sejambak bunga khas buat isteri tercinta. Bergenang air mata!

Di ruangan komen, sahabat dan rakan selebriti yang lain mengucapkan syukur akhirnya penantian Dayah berakhir. Mereka turut sebak apatah lagi melihat Dayah sangat kuat dan sabar sebelum ini.

Kredit: Instagram Dayah Bakar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas