Connect with us

Oh! Media

Ustaz Ahmad Dusuki Kesal Konsert Maksiat Ed Sheeran Diadakan Pada Malam Nisfu Sya’ban

Ahmad dusuki ed sheeran konsert ohmedia

Oh! Artis

Ustaz Ahmad Dusuki Kesal Konsert Maksiat Ed Sheeran Diadakan Pada Malam Nisfu Sya’ban

Malam ini akan berlangsung satu lagi konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran yang berlangsund di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Seperti biasa jika ada konsert dekat stadium ni, antara isu yang akan naik mesti tentang keadaan padang yang pastinya akan terjejas.

Bukan hanya isu padang yang dipersoal tetapi pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani turut meluahkan rasa kecewanya apabila konsert ini diadakan pada malam nisfu bulan Sya’ban.

IKLAN

Ustaz Ahmad persoal siapakah yang bertanggungjawab membenarkan semua ini masuk?

Malam-malam nisfu bulan Sya’ban, saat anak-anak Palestin bersimbah darah, matawang jatuh separah ini. Negar kita masih membuka ruang kepada makhluk sebegini untuk menjarah anak bangsa.

Saya tak tahu kita mempunyai pemimpin yang beginikah yang boleh membawa kita sehingga ke pintu syurga? Bahasa apa lagi yang patut digunakan untuk difahamkan kepada pembenar penganjuran ini?

Dalam satu lagi perkongsian, Usyaz Ahmad turut mempersoal ke mana hilangnya iman para penyekat tauliah para azatiah yang menyekat segala majlis agama tetapi membenarkan majlis maksiat.

Image 102

Kelebihan malam nisfu Sya’ban turut dikongsikan Ustaz Ahmad Dusuki…

Image 101

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas