Oh! Artis
Ubai Dituduh Kaki Pukul, Shila Amzah Nafi Dan Perjelas Hal Sebenar!
Penyanyi terkenal, Shila Amzah meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang cuba mengaitkan suaminya, Ubai dengan isu keganasan rumah tangga selepas dia bersuara mengenai isu itu baru-baru ini.
Menurut laporan mStar, Shila menjelaskan tuduhan tersebut adalah tidak berasas dan berbentuk fitnah.

Kaki pukul itu bukan Ubai ya. Apa punya benak tulis fitnah macam itu. Saya tidak berkahwin dengan lelaki seperti itu.
Shila Amzah hanya bersimpati dengan kes libatkan Zahnita

Shila turut menyatakan yang dirinya hanya berasa simpati terhadap pelakon Zahnita Wilson yang mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Menurut Shila, hanya mereka yang pernah mengalami perkara sama memahami keperitan situasi tersebut.
Siapa yang pernah melaluinya sahaja mengetahui peritnya.
Pesan agar jangan biarkan mangsa bersendirian

Bukan tu jer, Shila juga meminta masyarakat untuk tidak meninggalkan mangsa keganasan rumah tangga bersendirian.
Dia turut mengingatkan keluarga dan rakan agar peka dengan tanda-tanda awal seseorang mungkin berada dalam hubungan toksik.
Mari kita doakan sesiapa yang belum dapat keluar daripada masalah keganasan rumah tangga atau sebarang hubungan diberi kekuatan mental dan fizikal untuk cepat lari daripada pemangsa mereka.
#OhmediaNasihat
Keganasan rumah tangga bukan isu remeh dan memerlukan sokongan daripada orang sekeliling. Jika anda mengenali seseorang yang terperangkap dalam hubungan toksik, hulurkan bantuan dan pastikan mereka tidak bersendirian.
Bersama, kita mampu membina masyarakat yang lebih prihatin dan selamat.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM