Connect with us

Oh! Media

Tunku Azizah Tegur Netizen Sebab Label Siti Nurhaliza Mengada Ketika Lahirkan Aafiyah

Ohmedia tunku azizah siti nurhaliza

Oh! Artis

Tunku Azizah Tegur Netizen Sebab Label Siti Nurhaliza Mengada Ketika Lahirkan Aafiyah

Sebelum ini, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ada berkongsi kisah mengenai penyanyi Siti Nurhaliza hampir kehilangan nyawa ketika melahirkan anak sulungnya.

Perkongsian tersebut difahamkan telah menimbulkan rasa kurang senang sesetengah netizen yang melabel penyanyi itu sebagai mengada-ngada dan ‘kecoh’.

Ala orang lain beranak 10 orang pun tak kecoh. Ni baru beranak Siti Aafiyah nak kecoh satu Malaysia, mengada-ngada macam dia sorang je beranak susah kat dunia ni. – Komen netizen.

Berikutan itu, Tunku Azizah tampil mempertahankan Siti yang tidak semena-mena dikecam gara-gara perkongsiannya itu.

IKLAN

Bertenang, bukan Siti yang beritahu wartawan, saya yang berkongsi cerita dengan mereka. – Titahnya.

Ohmedia image 18

Tunku Azizah menulis komen demikian menerusi satu hantaran komen kecaman netizen di TikTok.

Terdahulu, Baginda berkongsi cerita mengenai proses kelahiran anak sulung penyanyi tersohor itu yang berdepan komplikasi sehingga dapat meragut nyawanya.

Siti masih hidup hari ini adalah keajaiban. Dia tidak pernah beritahu sesiapa, saya ceritakan kepada anda. Siti hampir kehilangan nyawa melahirkan Aafiyah.

Sekadar info, Siti turut menjalani rawatan IVF untuk anak keduanya iaitu Muhammad Afwa yang kini berusia 3 tahun.

Ohmedia tunku azizah siti nurhaliza

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas