Connect with us

Oh! Media

Tular Mangsa Banjir Disuruh ‘Berlakon’ Kesedihan, Azhar Luah Rasa Bengang

Oh! Artis

Tular Mangsa Banjir Disuruh ‘Berlakon’ Kesedihan, Azhar Luah Rasa Bengang

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang wanita warga emas yang juga mangsa banjir didakwa telah disuruh untuk menunjukkan kesedihan di hadapan rumahnya.

ADVERTISEMENT

BACA: Nabil Dan Kak Lina Sebak, Ebby Yus Kongsi Detik Rumah Musnah Akibat Banjir

Menerusi perkongsian di laman Instagram milik Kosmo, mangsa, Ruhana Mahfodz telah kehilangan tempat tinggal selepas rumahnya musnah gara-gara banjir.

Bagaimanapun, netizen turut menzahirkan rasa tidak puas hati selepas terdapat individu yang dipercayai menyuruh warga emas itu supaya berlakon dan menunjukkan kesedihan ketika berada di rumahnya yang ranap.

Rata-rata daripada mereka juga turut mengakui perkara itu sebagai keterlaluan dan kurang ajar serta tidak menjaga sensitiviti mangsa-mangsa banjir.

Azhar Osman beri reaksi, akui bengang dengan sikap individu tersebut

Dalam pada itu, penyanyi tanah air, Azhar Osman turut tidak dapat menyembunyikan perasaan marahnya selepas melihat video yang tular di media sosial itu.

Menurutnya, sikap yang dipamerkan individu tersebut terlalu biadap memandangkan warga emas itu telah berusia serta kehilangan rumah yang hanya tersisi tangga sahaja.

Aku benda lain boleh tahan lagi, tapi kalau melibatkan kurang ajar dengan orang tua sampai macam itu.

Orang itu dah berumur 70 lebih tahun, baru sahaja hilang rumah, tinggal tangga sahaja. Kau boleh kurang ajar. Paling geram suara perempuan di belakang itu.

Kalau aku jumpa aku ‘sepak’ muka engkau. Keluar biji mata engkau. Syaitan. Sudah bencana alam macam ini nak suruh berlakon lagi. Apa perangai?

Sementara itu, pihak Kosmo Juga turut memberikan penjelasan bahawa individu yang memberikan arahan kepada warga emas itu bukanlah dari wartawannya.

Hal itu selepas orang ramai mula memberikan kecaman selepas menganggap mereka yang menjadi dalang kepada video tersebut sehingga dituduh telah melanggar etika kewartawanan.

Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram yang lain telah tampil menerusi ruangan komen bagi menjelaskan situasi yang sebenar berlaku.

Menurutnya, suara yang dirakam memberikan arahan itu sebenarnya datang dari salah seorang ahli keluarga warga emas itu selain menyatakan pemilik suara tersebut telah pun memohon maaf kepada wartawan berkenaan.

Kredit: Utusan Malaysia I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas