Connect with us

Oh! Media

“Tuhan Bagi Keizinan Rehatkan Diri” – Shahrol Shiro Terpaksa Jalani Pembedahan

Oh! Artis

“Tuhan Bagi Keizinan Rehatkan Diri” – Shahrol Shiro Terpaksa Jalani Pembedahan

Shahrol Azizie bin Azmi atau dikenali sebagai Shahrol Shiro merupakan seorang pelawak dan pelakon tanah air yang pernah menjadi pujaan peminat oleh sebab telatah lucunya.

ADVERTISEMENT

BACA: Nama Dipetik Dakwaan Pelawak ‘Bapa Ayam’, Ini Respon Shahrol Shiro

Dia mula mencipta nama dalam industri seni melalui program Raja Lawak terbitan Astro disamping rakan sekumpulannya, Ajak Shiro.

Terbaru, Shahrol kini sudah menceburi bidang politik dan sedang sibuk dalam melakukan kerja-kerja amal bagi membantu golongan yang terkesan.

Shahrol Shiro Jalani pembedahan

Pelawak berusia 37 tahun itu mendedahkan dirinya terpaksa menjalani pembedahan bagi merawat masalah resdung yang teruk.

Perkara itu dikongsikan pada laman Instagram miliknya yang memaparkan dirinya sedang berada di dalam hospital serta beberapa kepsyen tentang status kesihatannya.

Dia juga mengakui bahawa pembedahan itu perlu dilakukan segera bagi mengelakkan masalah tersebut mengganggu tidurnya.

Tuhan beri keizinan rehatkan diri ini sebentar. Maaf jika ada sahabat-sahabat yang hubungi tidak dapat seminggu ini.

Sebelum operate pun boleh layan karaoke dengan staf-staf kat sini. Harap kalian happy.

Menerusi hantarannya itu juga, pelawak itu turut memberikan jawapan kepada soalan lazim yang dijangka akan ditanya oleh pengikutnya.

Saya jangkakan soalan yang lazim di komen ini. Sakit apa tu? Jawapannya: Sinus yang mengganggu setiap kali nak tidur

Rakan selebriti turut berikan sokongan

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar pembedahan itu berjalan lancar selain dilihat rakan selebriti turut memberikan kata-kata semangat.

Setakat ini, perkongsiannya itu telah mencapai lebih daripada 35,000 tanda suka serta seramai 288 telah meninggalkan komen.

Kredit: Instagram Shahrol Shiro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas