Connect with us

Oh! Media

“Tu Segan Tu” – Makan Karipap Pakai Sarung Tangan, Linda Onn Kantoikan Rahsia Besar Jep

Jep Ocd

Oh! Artis

“Tu Segan Tu” – Makan Karipap Pakai Sarung Tangan, Linda Onn Kantoikan Rahsia Besar Jep

Selebriti terkenal Linda Onn mendedahkan rahsia besar Jep Sepahtu apabila dia makan karipap menggunakan sarung tangan plastik.

BACA: “Kau Sama Je Macam Papa” – Cameo Paling Lawak, Netizen Terhibur Anju ‘Pekena’ Jep Cukup-Cukup

Menerusi satu hantaran video di Instagram, para penyampai radio dilihat sedang menikmati sarapan di kafeteria. Jep kemudian datang membawa secawan air dan karipap di tangan kanannya.

IKLAN
Jep

Rasa ingin tahu yang kuat, Linda Onn terus menerjah Jep dan bertanyakan sebab utama menggunakan sarung tangan. Jep menjawab dia sebenarnya ada ‘OCD’ (gangguan obsesif kompulsif).

Seakan-akan tak percaya, Linda sempat ketawa kecil dan Jep menunjukkan sekotak sarung tangan yang dibawanya di dalam beg ke mana-mana.

Tak ada jawapan lah. Saya ada OCD. Memang ada dalam beg.. Betul tu yang saya segan tu.

Menurut Linda, sebenarnya macam-macam hal yang perlu dilalui oleh anggota kumpulan Sepahtu itu disebabkan gangguan OCD yang dihadapinya.

Dia berterima kasih kerana Jep sudi berkongsi rahsia itu menyebabkan dirinya mula faham mengenai gangguan tersebut.

Kredit: Instagram Linda Onn

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas