Connect with us

Oh! Media

“Tu Bukan Rumah Saya” – Bapa Adam Mika Lapor Polis, Nafi Anak Dalam Video Tak Senonoh

Oh! Artis

“Tu Bukan Rumah Saya” – Bapa Adam Mika Lapor Polis, Nafi Anak Dalam Video Tak Senonoh

Bapa kepada pelakon, Nik Adam Mika iaitu Nik Mohd Adli tampil membuat laporan polis dan menafikan dakwaan bahawa anaknya adalah individu dalam video tak senonoh yang tersebar hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Video Beron*ni Tersebar, Netizen Petik Nama Pelakon Cilik Ini Ketagih Tonton Video Lucah?

Memetik laporan mStar, laporan polis dibuat pihaknya untuk membersihkan nama baik anak serta keluarganya.

Pada saya perkara ini telah menjatuhkan maruah saya dan juga keluarga saya.

Berkongsi dengan lebih lanjut, bapa Adam Mika mengaku sudah menonton video tersebut dan mendapati susun atur perabot adalah berbeza dengan perabot di rumahnya.

Yang dalam video tu bukan rumah saya. Rumah saya banglo baharu dan dalam video itu nampak macam rumah kampung. Adam punya kerusi gaming pun bukan macam tu.

Malah, sebagai bapa dia sentiasa memantau aktiviti harian anaknya dan Adam juga tak ada akaun media sosial. Malah, Adam sama sekali tak tahu mengenai dakwaan itu.

Semalam selepas mengetahui mengenai video itu, saya pukul dia, tapi dalam masa saya tanya tentang hal ini dan dia macam tak tahu apa-apa.

Jelasnya lagi, mungkin timbul kekeliruan apabila pelaku di dalam video dikatakan memiliki wajah yang lebih kurang sama dengan Adam.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas