Connect with us

Oh! Media

“Tolong Manusia Kalau Tak Ada Apa Baik Nak Tulis” – Kamal Adli Berang Anak Difitnah Bukan Anak Kandung

Ohmedia kamal Adli Anak

Oh! Artis

“Tolong Manusia Kalau Tak Ada Apa Baik Nak Tulis” – Kamal Adli Berang Anak Difitnah Bukan Anak Kandung

Kamal Adli menyifatkan komen itu sangat keterlaluan bagi seorang manusia normal.

Pelakon Kamal Adli tampil menegur seorang individu yang meninggalkan komen fitnah mengenai isteri dan anaknya.

Tuduhan tersebut menyentuh soal maruah keluarga dan pertanyaan kejam tentang status anak kandungnya.

BACA: “Ya Allah Pada Malam 1 Rejab Ni..” – Uqasha Senrose Kecewa Difitnah Kandung Anak Orang Lain

IKLAN

Kamal luah rasa kecewa, minta hentikan fitnah sampai “level” begini

Individu tersebut secara biadap menuduh Uqasha mengandungkan anak orang lain bukannya hasil perkahwinan dengan Kamal Adli.

Kamal yang sebelum ini hanya tenang menghadapi konflik rumahtangga akhirnya bersuara menyifatkan komen tersebut sangat keterlaluan.

Kamal Adli

Di ruangan balas, netizen turut meluahkan rasa marah dan menggesa pelakon ini mengambil tindakan.

Antara komen yang ditinggalkan:

Ko gi bedok je dia Kamal.

Pengguna media sosial juga menyifatkan tindakan menabur fitnah sebegitu sangat tidak beradab, apatah lagi melibatkan anak kecil yang tidak bersalah.

Pssttt! Fitnah yang menyentuh maruah keluarga memang tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi melibatkan anak kecil yang masih suci. Oh! Media faham betapa beratnya situasi ini buat Kamal dan Uqasha. Semoga individu terbabit tampil memohon maaf dan masyarakat lebih berhati-hati sebelum menulis sesuatu yang boleh melukakan hati orang lain.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas