Oh! Artis
Tindakan Sivil Dr Fie Terhadap Nubhan Isu Pecah Masuk Rumah
Tindakan sivil Dr Fie terhadap Nubhan bakal difailkan susulan dakwaan pecah masuk dan keluarkan barangan tanpa izin.
Isu melibatkan bekas pasangan selebriti ini kembali jadi perhatian apabila peguam syarie mendedahkan tindakan undang-undang yang bakal diambil. Kali ini, fokus tertumpu kepada tindakan sivil Dr Fie terhadap Nubhan susulan dakwaan pencerobohan rumah.
Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie memaklumkan anak guamnya akan memfailkan tindakan sivil terhadap bekas suami, Nubhan Ahmad.

Tindakan itu diambil susulan dakwaan memecah masuk kediaman serta mengeluarkan barangan peribadi tanpa kebenaran. Perbuatan tersebut didakwa berlaku tanpa sebarang perintah mahkamah.
Menurut beliau, tindakan itu melanggar Seksyen 7 dan 8 Akta Relief Spesifik yang melarang mana-mana pihak memasuki atau mengambil alih harta tanpa kebenaran mahkamah.
Rumah didaftarkan atas nama Nubhan tapi tetap tiada hak

Akberdin menjelaskan walaupun rumah tersebut didaftarkan atas nama Nubhan, ia tidak memberi hak untuk mengeluarkan barangan secara sewenang-wenangnya. Semua tindakan sepatutnya dibuat melalui proses mahkamah.
Beliau mendakwa Nubhan memasuki rumah ketika Dr Fie sedang bercuti dan mengambil telefon pembantu rumah. Tindakan itu didakwa menghalang sebarang komunikasi dengan Dr Fie.
Dr Fie dipercayai akan buat laporan polis

Sebelum ini, Dr Fie meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa barangan miliknya bersama anak-anak dikeluarkan dari kediaman mereka. Kejadian itu berlaku ketika beliau berada di luar negara.
Untuk rekod, Dr Fie dan Nubhan berkahwin pada 29 Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada awal Disember lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Pssttt! Ohmedia harap isu tindakan sivil Dr Fie ini jadi peringatan untuk korang supaya tak ambil mudah soal undang-undang. Bila melibatkan rumah dan anak-anak, ikutlah saluran yang betul supaya keadaan tak bertambah rumit.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
HIV Bukan Hukuman Mati, Stigma Lebih Bahaya Dari Virus | Oh! Podcast Ep20
OH! MEDIA 23/12/2025 8:31 PM